Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3111-14
Bandingkan
Pembantu Penyelidik Gred Q1, Q2, Q3, Q4 bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan pembangunan pakej- pakej aplikasi teknologi remote sensing, sistem maklumat geografi dan teknologi lain yang berkaitan (bagi bidang-bidang pertanian, perhutanan, pengurusan sumber asli, alam sekitar, bencana, pemetaan tematik, marin, pembangunan tanah dan infrastruktur, keselamatan dan kedaulatan negara). Membantu melaksanakan penyelidikan asas dan pembangunan teknologi remote sensing gelombang mikro dan UAV negara. Membantu melaksanakan pemindahan teknologi, khidmat kepakaran, khidmat nasihat teknikal kepada agensi pengguna. Membantu melaksanakan komponen-komponen kerja dan memberi khidmat kepakaran bidang remote sensing dalam jawatankuasa- jawatankuasa yang dianggotai di peringkat kebangsaan, negeri dan sebagainya. Membantu melaksanakan penerimaan dan pembekalan secara bersepadu imej satelit remote sensing dan data spatial yang dibangunkan. Membantu melaksanakan aktiviti promosi teknologi kepada agensi pengguna, pelajar dan orang awam.
Tugasan
Membantu menghantar secara online imej satelit yang telah diperoleh melalui stesen bumi ke ibu pejabat di Kuala Lumpur.
Membantu kerja-kerja memproses dan membetulkan kedudukan geometri (geometric correction) data-data satelit remote sensing.
Mendigit, menginput dan mengemaskini data-data spatial dalam pangkalan data spatial.
Membantu kerja-kerja mengumpul maklumat spatial dan verifikasi di lapangan.
Membantu dalam menganalisa sistem, kajian keperluan pengguna, pengaturcaraan dan dokumentasi berkaitan pembangunan sistem aplikasi.
Membantu mengumpul titik-titik kawalan bumi (Ground Control Points - GCP) bagi tujuan pembetulan geometri imej satelit.
Membuat salinan, merekod, dan mengarkib data satelit dan data spatial yang telah diproses dan dianalisis.
Mengumpul, menyusun, mengkatalog dan mengarkib/menginventori peta-peta (digital dan cetak kekal) dan lapisan- lapisan tematik yang diperoleh daripada agensi berkaitan.
Menyediakan input-input (seperti cetakan imej satelit dan data- data spatial) untuk penyediaan dokumen dan laporan yang berkaitan; membantu percetakan imej satelit remote sensing dan peta tematik mengikut keperluan pengguna; membantu dalam penyediaan dokumen, laporan, bahan pameran dan bahan taklimat yang berkaitan.
Mengurus pengoperasian bilik penyimpanan data; membantu penyediaan inventori dan menyelenggara sistem dan peralatan teknikal serta mengawal selia kerja-kerja penyelenggaraan.
Kemahiran
Asas
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Kemahiran interpersonal dan berkomunikasi dengan berkesan secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Pemikiran strategik dan analisis.
Khusus
Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja makmal mengikut bidang.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.