- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
311
Juruteknik Sains Fizik dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3119
Juruteknik Industri dan Pengeluaran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3119
Bandingkan
Juruteknik Industri dan Pengeluaran
Juruteknik Industri dan Pengeluaran menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan industri dan pengeluaran, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan. Mereka membantu menyelaraskan aktiviti perkilangan dan menilai keberkesanan kos dan keselamatan.
Tugasan
Mengumpulkan data dan memberi bantuan teknikal berkenaan kaedah perancangan dan pengeluaran, penggunaan personel, bahan dan kelengkapan yang cekap, selamat dan menjimatkan, kaedah kerja dan urutan operasi serta penyeliaan pelaksanaannya, aspek masa dan gerakan dalam pengelolaan kerja serta susun atur loji atau pertubuhan, yang cekap.
Mengenal pasti bahaya yang mungkin berlaku dan memperkenalkan prosedur dan peranti keselamatan.
Mengumpulkan data dan memberi bantuan teknikal berkaitan dengan penyediaan dan pengawasan anggaran kos dan senarai kuantiti bagi projek pembinaan dan seni bina.
Membantu jurutera dalam pengujian dan reka bentuk peralatan robotik.
Mengubahsuai dan menguji peralatan dan peranti yang digunakan dalam pencegahan, pengawalan, dan pemulihan pencemaran persekitaran, pemulihan tapak dan penambakan tanah.
Menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan adalah mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.
Memeriksa, mengekalkan dan menyimpan rekod seperti yang dikehendaki oleh pengurusan, dan memastikan bahawa semua kerja dilakukan mengikut arahan.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3119-01
Juruteknik Kejuruteraan (Pengeluaran)
3119-02
Juruteknik Kejuruteraan Jaminan Kualiti
3119-03
Juruteknik Sisa Pepejal
3119-04
Juruteknik Pemprosesan Makanan
3119-05
Juruteknik Pengisar Aci Engkol
3119-06
Juruteknik Penyelidikan Bioteknologi Pertanian
3119-07
Juruteknik Penyelidikan Bioteknologi Akuakultur
3119-08
Pembantu Juruteknik
3119-09
Juruteknik Pengujian
3119-10
Juruteknik Kualiti Air
3119-11
Penolong Eksekutif Pengeluaran
3119-12
Juruteknik Pembuatan
3119-13
Juruteknik Analisis Bahan
3119-14
Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.