Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3111-03
Bandingkan
Juruteknik Makmal Sains Fizik melaksanakan tugas teknikal dan praktikal untuk menyokong penyelidikan saintifik dan aktiviti pendidikan dalam bidang seperti fizik, kimia, geologi, geofizik, meteorologi dan astronomi. Mereka menyediakan, menyelenggara dan mengendalikan peralatan makmal, membantu dalam menjalankan eksperimen, mengumpul dan menganalisis data serta memastikan pematuhan dengan piawaian keselamatan dan kualiti, membolehkan penyiasatan saintifik yang tepat dan cekap.
Tugasan
Menyediakan dan menyusun peralatan makmal, bahan, dan spesimen untuk eksperimen dan pengujian.
Menjalankan ujian makmal, pemerhatian, dan pengukuran untuk menghasilkan data yang tepat dan boleh dipercayai.
Mengumpul, merekod, dan menyusun data eksperimen untuk analisis dan pelaporan.
Menentukur, menyelenggara, dan memastikan fungsi peralatan makmal dan peralatan penyelidikan berada dalam keadaan baik.
Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah teknikal asas pada peralatan dan instrumen makmal.
Membantu penyelidik, saintis, atau pendidik dalam menjalankan eksperimen dan aktiviti makmal.
Memastikan pematuhan terhadap prosedur keselamatan makmal serta pengendalian sampel dan peralatan dengan betul.
Menyokong aktiviti makmal dan membantu dalam prosedur penyelidikan apabila diperlukan.
Mengurus inventori makmal serta membantu dalam perolehan dan penyediaan bekalan makmal.
Kemahiran
Asas
Kemahiran asas dalam pengiraan dan penggunaan komputer untuk merekod, menganalisis dan mendokumentasikan data.
Kemahiran berfikir secara kritikal dan analitikal untuk mentafsir pemerhatian serta menyelesaikan isu teknikal.
Kemahiran komunikasi yang berkesan untuk melaporkan keputusan serta bekerjasama dengan ahli pasukan.
Memberi perhatian yang teliti serta ketepatan semasa menjalankaneksperimen dan tugasan makmal.
Pemahaman tentang prinsip saintifik dan pematuhan kepada prosedur makmal.
Khusus
Kecekapan dalam menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Makmal (Laboratory Information Management Systems (LIMS)) dan alat digital lain untuk pengurusan data.
Kecekapan dalam menyediakan laporan menggunakan, alatan perisian seperti Microsoft Office.
Pengetahuan dalam melaksanakan penyelenggaraan dan penentukuran peralatan secara rutin.
Pengetahuan dalam mematuhi peraturan keselamatan dan mengendalikan bahan berbahaya dengan betul.
Pengetahuan dalam membantu pelaksanaan eksperimen mengikut spesifikasi teknikal.
Pengetahuan dalam mengaplikasikan prinsip fizik dan teknik makmal dalam eksperimen.
Pengetahuan dalam mengawal dan mengendalikan peralatan makmal dan persediaan eksperimen dengan berkesan.
Pengetahuan dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah teknikal pada instrumen dan persediaan eksperimen.
Pengetahuan dalam mengendalikan dan menyelenggara peralatan makmal fizik khusus dengan selamat.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.