- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
311
Juruteknik Sains Fizik dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3111
Juruteknik Sains Kimia dan Fizik
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3111
Bandingkan
Juruteknik Sains Kimia dan Fizik
Juruteknik Sains Kimia dan Fizik menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kimia, fizik, geologi, geofizik, meteorologi dan astronomi, dan dalam pembangunan perindustrian, perubatan, ketenteraan dan lain-lain aplikasi praktikal hasil penyelidikan.
Tugasan
Memastikan semua sensor pengukuran cuaca beroperasi dan menentukan semua data yang dihantar keluar diterima dengan sempurna, dan membekalkan maklumat asas untuk keperluan awam.
Menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Mengumpul sampel serta menyediakan bahan dan kelengkapan ujikaji, ujian dan analisis.
Membuat pemerhatian, merekod, membuat pengekodan keadaan cuaca dan menghantar laporan cuaca serta menyelenggara kelengkapan mengkaji cuaca.
Membuat pemerhatian, pengiraan/pengukuran, merekodkan dan memplot maklumat serta membantu menyediakan laporan dan dokumen teknikal untuk diterbitkan.
Mengaplikasikan pengetahuan teknikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas.
Menyelia atau menyelenggara dan membaik pulih kelengkapan penyelidikan.
Membantu dalam meningkatkan kegiatan dan aktiviti jabatan menerusi perkhidmatan mineral, geosains dan maklumat geosains supaya dapat mewujudkan komoditi mineral dan pembangunan geosains yang berkualiti untuk pembangunan negara.
Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penerapan cuaca, merekod dan menghantar laporan cuaca berdasarkan piawai International Civil Aviation Organizational (ICAO) dan World Meteorological Organization (WMO).
Mengumpul dan menguji sampel tanah dan air, dan menganalisis data dengan bantuan ahli geologi atau geofizik.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3111-01
Juruteknik Geofizik
3111-02
Juruteknik Kimia
3111-03
Juruteknik Makmal Sains Fizik
3111-04
Juruteknik Sains Fizik
3111-05
Pembantu Makmal Kimia
3111-06
Juruteknik Tanah
3111-07
Juruteknik Meteorologi
3111-08
Juruteknik Geologi
3111-09
Juruteknik Oseanografi
3111-10
Juruteknik Pemantauan Cerun
3111-11
Juruteknik Sains Iklim
3111-12
Juruteknik Makmal
3111-13
Pembantu Makmal Gred C1
3111-14
Pembantu Penyelidik Gred Q1, Q2, Q3, Q4
3111-15
Penolong Pegawai Meteorologi Gred C5
3111-16
Penolong Pegawai Sains Gred C5
3111-17
Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.