Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3113
Bandingkan
Juruteknik Kejuruteraan Elektrik menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan elektrik, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan peralatan elektrik, kemudahan prasarana dan sistem pengagihan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membantu kerja penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan sistem, kelengkapan dan kemudahan elektrik, atau menguji prototaip.
Membantu menyediakan reka bentuk dan susun atur pemasangan dan litar elektrik.
Membantu menyediakan anggaran terperinci kuantiti dan kos bahan serta buruh yang diperlukan dalam operasi pembuatan dan pemasangan.
Membantu penyeliaan teknikal dalam operasi pembuatan, pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan sistem dan kelengkapan elektrik.
Mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan teori dan amalan kejuruteraan elektrik bagi mengenal pasti serta menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.