- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
311
Juruteknik Sains Fizik dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3115
Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3115
Bandingkan
Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal
Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan mekanikal, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikan mesin, komponen dan peralatan mekanikal.
Tugasan
Menyediakan bantuan teknikal dalam kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan berkenaan alatan mesin, enjin kenderaan, pesawat, pemanasan, pengudaraan dan pemasangan penyejukan serta loji dan peralatan lain yang berfungsi secara mekanikal.
Mereka bentuk dan menyediakan susun atur pemasangan mesin.
Membantu penyediaan anggaran terperinci kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk pembuatan dan pemasangan.
Membantu dengan penyeliaan teknikal pembuatan, penggunaan, penyelenggaraan dan pembaikan loji mekanikal dan enjin.
Menggunakan pengetahuan teknikal tentang mesin dan prinsip dan amalan kejuruteraan mekanikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam perjalanan kerja.
Memastikan reka bentuk kejuruteraan mekanikal dan output akhir adalah mengikut spesifikasi, peraturan dan peruntukan kontrak.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3115-01
Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal
3115-02
Pembantu Kejuruteraan Mekanikal
3115-03
Penganggar Kejuruteraan Mekanikal
3115-04
Ketua Pelabuhan/Ketua Dok
3115-05
Juruteknik Hos Hidraulik
3115-06
Juruteknik Mekatronik
3115-07
Juruteknik CNC (Kawalan Berangka Komputer)
3115-08
Juruteknik Kimpalan
3115-09
Juruteknik Pembuatan Keluli
3115-10
Orang Yang Kompeten (OYK) - Juruteknik Kebersihan
3115-11
Pembantu Kejuruteraan Mekatronik
3115-12
Juruteknik CAD/CAM (Reka Bentuk dan Pembuatan Berbantu Komputer)
3115-13
Pendraf AutoCAD
3115-14
Pakar Penandaan
3115-15
Juruteknik Peralatan
3115-16
Penolong Jurutera Peralatan
3115-17
Penolong Jurutera Kimpalan
3115-18
Pereka AutoCAD
3115-19
Penyelia Pneumatik
3115-20
Juruteknik Pembaikan dan Penyelenggaraan (R&M)
3115-21
Juruteknik Kejuruteraan Optik
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.