Laman Berkaitan
TalentCorp
TalentCorp ialah agensi di bawah KESUMA yang memacu strategi bakat nasional serta bertindak sebagai badan pemikir strategik, dengan fokus pada mengoptimumkan bakat tempatan, menarik kepakaran global dan membina tenaga kerja masa hadapan.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad
Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) merupakan sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat untuk membangunkan bakat di Malaysia melalui kutipan levi bagi menggalakkan latihan, latihan semula serta peningkatan kemahiran tenaga kerja Malaysia.
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Jabatan Pembangunan Kemahiran merupakan sebuah jabatan yang berfungsi sebagai peneraju dalam pembangunan sumber manusia mahir bertaraf dunia serta membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan dan berdaya saing.
PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ialah sebuah agensi Kerajaan di bawah KESUMA yang bertanggungjawab menyediakan perlindungan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka melalui pelbagai skim perlindungan yang ditawarkan, dengan skim kini telah diperluas kepada pelbagai sektor, termasuk pekerja sendiri dan wanita.
Jabatan Perangkaan Malaysia
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merupakan agensi utama kerajaan yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.