Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3116
Bandingkan
Juruteknik Kejuruteraan Kimia
Juruteknik Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan kimia, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan loji kimia.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membantu dalam penyelidikan dan pembangunan proses kimia industri, loji dan peralatan, atau menguji prototaip.
Mereka bentuk dan menyediakan susun atur loji kimia mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Membantu menyediakan anggaran terperinci kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan dalam operasi pembuatan dan pemasangan, mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Memantau aspek teknikal dalam pembinaan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan loji kimia untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan.
Menjalankan pengujian makmal kimia dan fizikal bagi membantu ahli sains dan jurutera dalam.
Membuat analisis kualitatif dan kuantitatif bahan pepejal, cecair dan gas.
Mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan prinsip dan amalan kejuruteraan kimia supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.