Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3117
Bandingkan
Juruteknik Perlombongan dan Kaji Logam
Juruteknik Perlombongan dan Kaji Logam menjalankan tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan dan eksperimen yang berkaitan dengan metalurgi dalam meningkatkan kaedah mengekstrak mineral pepejal, minyak dan gas, dan dalam reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan lombong dan pemasangan lombong, sistem untuk mengangkut dan menyimpan minyak dan gas asli, dan untuk pengekstrakan logam daripada bijih.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengumpul data dan maklumat bulanan bagi sektor perlombongan dan pengkuarian.
Membantu menyediakan bantuan teknikal untuk membantu dalam penyelidikan dan pembangunan proses untuk menentukan sifat-sifat logam dan aloi baru.
Membantu dalam kaji selidik geologi dan topografi serta dalam reka bentuk sistem pengekstrakan dan pengangkutan minyak, gas asli, dan bijih serta loji pemprosesan dan penapisan galian dan logam.
Membantu menyediakan anggaran kuantiti dan kos bahan serta buruh yang diperlukan untuk projek, pengangkutan galian, minyak dan gas asli, serta untuk pemprosesan dan penapisan galian.
Membantu kerja penyeliaan teknikal dalam pembinaan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan loji, pengangkutan dan pemasangan, penyimpanan serta pemprosesan bijih galian, minyak dan gas asli untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan.
Mengaplikasikan pengetahuan perlombongan, pengekstrakan, pengangkutan dan penyimpanan minyak dan gas asli serta prinsip dan amalan kaji logam untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja.
Mengumpul serta membantu membuat kajian semua syarat-syarat yang terkandung dalam lesen-lesen yang dikeluarkan kepada pengusaha lombong, kuari dan perniagaan mineral untuk tujuan penyeragaman serta membuat lawatan naziran ke semua aktiviti perlombongan, kuari dan perniagaan mineral seluruh negara.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.