Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3111-06
Bandingkan
Juruteknik Tanah menjalankan kerja-kerja teknikal dan analitikal untuk menilai sifat tanah dan mengklasifikasikan jenis tanah untuk tujuan pertanian, alam sekitar dan pembinaan. Mereka menjalankan ujian makmal dan lapangan untuk menilai kesuburan, pencemaran, kandungan nutrien, tahap pH dan kesihatan tanah secara keseluruhan, mentafsir data dan menyediakan laporan untuk menyokong perancangan guna tanah, pembangunan infrastruktur dan strategi pengurusan tanah, memastikan pematuhan dengan piawaian yang berkaitan dan menyelenggara peralatan makmal dan lapangan sambil membantu pakar seperti ahli agronomi dan jurutera.
Tugasan
Mengumpul sampel tanah dari tapak lapangan dan menjalankan pemeriksaan lapangan seperti yang diperlukan.
Menyediakan sampel tanah, reagen, bahan, dan peralatan untuk ujian makmal dan eksperimen.
Menjalankan ujian makmal dan lapangan ke atas tanah untuk menentukan sifat seperti kelembapan, pH, bahan organik, nutrien, komposisi, dan kekuatan.
Melaksanakan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas tanah dan sampel berkaitan mengikut prosedur standard.
Merekod, memerhati, dan mendokumentasikan keputusan ujian tanah dengan tepat mengikut garis panduan makmal.
Menyediakan laporan teknikal dan makmal berdasarkan dapatan ujian tanah.
Menyelenggara, menentukur, dan menyelesaikan masalah peralatan ujian makmal dan lapangan.
Membantu dalam menilai kesesuaian tanah untuk pembinaan, pertanian, atau aplikasi alam sekitar di bawah penyeliaan.
Menyokong operasi harian makmal termasuk mengekalkan kebersihan dan dokumentasi yang betul.
Memastikan pematuhan kepada prosedur keselamatan dan piawaian kualiti semasa aktiviti persampelan dan pengujian.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk bekerja secara bebas dan kolaboratif dalam satu pasukan.
Kemahiran berfikir secara kritikal, memahami bacaan, dan mematuhi protokol keselamatan.
Kemahiran komunikasi yang berkesan dalam bahasa lazim digunakan untuk pelaporan yang jelas dan kerja berpasukan.
Mahir dalam prinsip saintifik, prosedur pengujian tanah, matematik dan analisis data.
Memberi perhatian yang teliti untuk memastikan pengumpulan data, pengujian dan analisis data yang tepat.
Khusus
Kecekapan dalam mengendalikan dan menyelenggara peralatan makmal ujian tanah.
Kecekapan dalam menyelesaikan masalah dan menyelenggara peralatan makmal.
Kecekapan dalam Microsoft Office untuk dokumentasi dan pelaporan.
Kecekapan dalam perekodan data makmal, analisis asas, dan pelaporan menggunakan perisian berkaitan.
Kefahaman terhadap piawaian industri, peraturan, dan prosedur makmal.
Pengetahuan dalam mekanik tanah, sifat, dan komposisi tanah.
Pengetahuan dalam operasi dan kawalan proses ujian tanah.
Pengetahuan teknikal asas mengenai ujian tanah dan bahan pembinaan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.