Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2263-13
Bandingkan
Pegawai Teknologi Makanan Gred C9 secara kolektif bertindak sebagai perancang Program Keselamatan dan Kualiti Makanan negara. Pegawai Teknologi Makanan menerajui bidang dalam keselamatan makanan seperti Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), ISO 9000, risk analysis, predictive microbiology, bioteknologi termasuk genetic engineering dan sebagainya. Di peringkat antarabangsa, Pegawai Teknologi Makanan memberi sumbangan teknikal bagi merealisasi hasrat negara untuk menjadi pemimpin dan menerajui dalam menangani isu keselamatan makanan yang dibincangkan di mesyuarat Codex, SPS, APEC dan juga ASEAN, untuk melindungi kepentingan negara dan mempromosikan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan negara. Pegawai Teknologi Makanan juga bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pensijilan halal termasuk bahagian permohonan, pemeriksaan dan pemantauan dari aspek-aspek teknikal, kebersihan dan sanitasi, memastikan keselamatan makanan di Tadika KEMAS, menjalankan penyelidikan dan menyelaras latihan.
Tugasan
Bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan dengan aktiviti pengimportan makanan di pintu-pintu masuk negara.
Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan bidang teknologi makanan (Pemprosesan Makanan, HACCP, GMP dan sebagainya), bidang analisis makanan, isu-isu halal, isu-isu keselamatan makanan.
Menyelaras perlaksanaan pemantauan pencapaian QAP (NIA) Aktiviti Keselamatan & Kualiti Makanan termasuk penyediaan laporan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pencapaian SIQ (Shortfall In Quality).
Menjalankan analisis ke atas sampel makanan seperti yang di peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan 1985.
Menjalankan audit pengawasan ke atas industri makanan dalam pensijilan HACCP, menjalankan audit berdasarkan MS 1500: 2004 (Piawaian Halal) dan GMP serta menjadi Codex Contact Point (CCP) bagi Malaysia.
Menjadi focal point bagi International Food Safety Authorities Network (INFOSAN).
Mengumpul dan memproses maklumat/ data berkaitan aktiviti seksyen bagi tujuan penyediaan laporan penyediaan maklumat teknikal/ laporan/ data aktiviti pemantauan dan penyelidikan.
Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis/ rumah sembelihan untuk pengesahan halal atau pemantauan.
Menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Program Makanan Tambahan di Tabika/ Taska KEMAS dan spesifikasi bahan makanan bagi perolehan di ibu pejabat.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan memberi khidmat nasihat.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang komputer.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi makanan termasuk analisis mikrobiologi dan kimia.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.