- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2263-03
Bandingkan
Orang yang Kompeten (OYK) - Pengurusan Sisa
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
TVET
Skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Orang yang Kompeten (OYK) - Pengurusan Sisa menyelia pengurusan dan pengendalian sistem rawatan dan pelupusan sisa untuk melindungi kualiti alam sekitar dan kesihatan tempat kerja. Mereka menilai dan memantau proses pengurusan sisa dalam persekitaran perindustrian, komersial dan perbandaran, memastikan pematuhan dengan perundangan alam sekitar dan piawaian kawal selia, serta menyelenggara rekod dan pelaporan yang diperlukan. Peranan ini termasuk menyelia operasi rawatan, menyelaras prosedur penyelenggaraan dan keselamatan, dan menyokong langkah-langkah untuk mencegah pencemaran alam sekitar dan risiko kesihatan yang timbul daripada pengendalian dan pelupusan sisa.
Tugasan
Menyelia operasi dan penyelenggaraan sistem rawatan dan pelupusan sisa bagi memenuhi piawaian kawal selia.
Memantau prestasi rawatan sisa, kualiti efluen, dan parameter alam sekitar lain secara berkala.
Memeriksa kemudahan, sistem, dan peralatan rawatan bagi memastikan fungsinya berjalan dengan baik.
Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan pematuhan serta prestasi mengikut keperluan kawal selia.
Menyiasat bahaya alam sekitar dan kesihatan yang timbul daripada pengendalian dan pelupusan sisa, serta melaksanakan langkah pembetulan.
Membangunkan, melaksanakan, dan mengkaji semula prosedur pengurusan sisa dan keselamatan untuk meminimumkan risiko alam sekitar dan pekerjaan.
Mengurus penyimpanan dan penggunaan bahan kimia rawatan secara selamat.
Menyelaras dengan agensi alam sekitar dan pasukan dalaman mengenai perkara pematuhan kawal selia.
Kemahiran
Asas
Kemahiran dalam perisisan asas komputer seperti MIcrosoft Word,Excel dan Outlook.
Kemahiran interpersonal yang baik untuk berhubung dengan badan kawal selia dan pasukan.
Kemahiran komunikasi berkesan dalam bahasa yang digunakan secara meluas.
Mendengar secara dan kemahiran pemikiran kritis untuk penyelesaian masalah.
Perhatian terhadap butiran untuk pematauan dan dokumentasi.
Khusus
Kecekapan dalam mengendalikan dan menyelenggara instrumentasi sistem rawatan serta peralatan mekanikal.
Kecekapan dalam menjalankan audit keselamatan dan mengurus keperluan pematuhan.
Kecekapan dalam menyediakan laporan audit alam sekitar dan pematuhan.
Kecekapan dalam pengendalian, penyimpanan, dan pengurusan bahan kimia rawatan secara selamat.
Keupayaan untuk mentafsir dan mematuhi peraturan alam sekitar Malaysia.
Pengetahuan mendalam tentang proses rawatan sisa, pengurusan sisa terjadual, dan pelupusan sisa.
Pengetahuan tentang pengurusan kualiti alam sekitar dan penilaian risiko.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2263-01
Penasihat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
2263-02
Orang yang Kompeten (OYK) - Penilai
2263-03
Orang yang Kompeten (OYK) - Pengurusan Sisa
2263-04
Juruaudit Bangunan
2263-05
Eksekutif Halal
2263-06
Ahli Teknologi Makanan dan Minuman
2263-07
Jurutera Tapak Pelupusan
2263-08
Orang Yang Kompeten (OYK) - Major Hazard
2263-09
Penyelaras Tindak Balas Kecemasan
2263-10
Ahli Ergonomi
2263-11
Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan
2263-12
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9
2263-13
Pegawai Teknologi Makanan Gred C9
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.