- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
2266
Pegawai Audiologi dan Jurupulih Pertuturan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2266
Bandingkan
Pegawai Audiologi dan Jurupulih Pertuturan
Pegawai Audiologi dan Jurupulih Pertuturan menilai, mengurus dan merawat gangguan fizikal yang menjejaskan pendengaran, pertuturan dan komunikasi manusia. Mereka memberikan peralatan yang betul atau terapi pemulihan bagi masalah kehilangan pendengaran, gangguan pertuturan dan masalah berkaitan deria dan saraf, dan memberi kaunseling mengenai pendengaran dan komunikasi yang selamat.
Tugasan
Menjalankan ujian auditori untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
Mentafsir dan melaporkan keputusan ujian.
Membangunkan dan menambah baik teknik ujian.
Memberi nasihat tentang pemilihan, pemasangan dan penilaian alat bantuan mendengar.
Menyelidik kemajuan baru dalam teknologi bantuan mendengar, seperti alat bantuan digital.
Menguji dan menyelenggara peranti yang diimplan, seperti implan koklea.
Mengendalikan kelengkapan audiometri.
Menjalankan penyelidikan tentang gangguan yang menjejaskan pendengaran dan keseimbangan.
Menguruskan perkhidmatan audiologi, termasuk memantau dan menambah baik kualiti perkhidmatan.
Menyelia kakitangan sokongan.
Mengambil bahagian dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan masyarakat.
Mengajar pelajar perubatan dan pelajar sains kesihatan lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan lain.
Menyediakan kertas kerja dan laporan saintifik.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.