Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2267
Bandingkan
Pegawai Optometri dan Pegawai Optik
Pegawai Optometri dan Pegawai Optik memeriksa dan memberi rawatan pada mata dan sistem visual yang mengalami gangguan serta memberi nasihat tentang penjagaan mata dan mengesyorkan bantuan optik atau terapi lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjalankan pemeriksaan mata untuk mengesan anomali fungsi penglihatan.
Merawat dan mengendalikan anomali tersebut menggunakan cermin mata, kanta sentuh, prisma, terapi visual dan low vision devices di samping menjadi perunding dalam masalah penglihatan warna secara profesional di dalam industri, pemanduan jalan raya serta memberi khidmat nasihat bagi memenuhi keperluan dan harapan pihak berkepentingan (stakeholders).
Memeriksa mata dan menjalankan ujian penglihatan untuk menentukan sifat dan tahap masalah keabnormalan penglihatan.
Menentukan cermin mata dan kanta lekap atau rawatan lain untuk memperbaiki penglihatan.
Memberi nasihat tentang penggunaan cermin mata dan kanta lekap yang betul, pencahayaan yang sesuai semasa bekerja atau membaca dan alat bantuan pandang yang lain.
Memasang kanta yang telah ditentukan ke dalam bingkai dan menyesuaikan bingkai atau kanta lekap pada pelanggan.
Merujuk pelanggan yang mempunyai tanda-tanda penyakit okulus kepada pakar perubatan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.