- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
2261
Doktor Pergigian
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2261
Bandingkan
Doktor Pergigian
Doktor Pergigian mendiagnos, merawat dan mencegah penyakit, kecederaan dan keabnormalan gigi, mulut, rahang dan tisu yang berkaitan dengan menggunakan prinsip dan prosedur pergigian moden. Mereka menggunakan pelbagai diagnostik khusus, pembedahan dan lain-lain teknik untuk meningkatkan dan mengembalikan kesihatan mulut.
Tugasan
Memberi rawatan pergigian.
Memeriksa gigi, gusi, rahang dan tisu mulut lain menggunakan kelengkapan pergigian dan X-Ray.
Mendiagnos, memberi nasihat, dan rawatan pergigian yang perlu.
Membersih dan menampal lubang dan mencabut gigi yang rosak atau cacat bentuk.
Membina inlai dan korona palsu untuk menggantikan gigi.
Mereka bentuk, membina dan memadankan gigi palsu lengkap dan separa, ortodontik dan perkakas lain, dan membuat bridge.
Memberi rawatan pembedahan, perubatan dan rawatan lain untuk jenis penyakit dan gangguan pergigian dan mulut tertentu.
Mengambil bahagian dalam aktiviti awam untuk memelihara dan meningkatkan standard kesihatan mulut dan penjagaan gigi.
Mengawasi pameran kesihatan pergigian dan memberi panduan kepada kakitangan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.