- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2263-12
Bandingkan
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
GREEN
Pekerjaan hijau adalah pekerjaan yang baik yang menyumbang untuk memelihara atau memulihkan alam sekitar, sama ada dalam sektor tradisional seperti pembuatan dan pembinaan, atau dalam sektor hijau baru yang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9 bertanggungjawab melaksanakan tugas dalam aspek pengurusan,perancangan, pengawalan, pencegahan, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan aktiviti-aktiviti kesihatan awam dan kesihatan persekitaran iaitu kawalan penyakit, keselamatan dan kualiti makanan, bekalan air dan kebersihan alam sekeliling (BAKAS), kawalan mutu air minuman (KMAM), kesihatan pintu masuk (lapangan terbang, pelabuhan dan darat).
Tugasan
Merancang, mengurus, dan menilai program Kawalan Penyakit, termasuk penyakit berjangkit, penyakit tidak berjangkit, dan penyakit bawaan vektor, serta pengurusan wabak dan bencana alam.
Merancang dan melaksanakan program Keselamatan dan Kualiti Makanan serta Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM).
Melaksanakan perundangan dan penguatkuasaan, termasuk pendakwaan dan analisis kes.
Merancang keperluan sumber manusia, kewangan dan logistik
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan, serta merancang program intervensi.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan mengurus personel serta merancang keperluan sumber manusia, latihan, kewangan dan logistik.
Berkebolehan menjalankan tugas penyeliaan, membimbing dan memberi khidmat nasihat.
Berkebolehan merancang, menyelaras dan menganalisis aktiviti.
Khusus
Berkebolehan melaksanakan penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang kesihatan awam.
Berkebolehan mengendalikan kes pendakwaan dan rayuan berkaitan undang-undang kesihatan awam.
Berkebolehan merancang, menyelaras dan menganalisis aktiviti kesihatan awam serta kesihatan pekerjaan dan persekitaran.
Berkemahiran melaksanakan program kesihatan awam dan kesihatan persekitaran.
Berpengetahuan dan berkebolehan dalam kesihatan pekerjaan dan persekitaran termasuk penilaian risiko, siasatan kes keracunan bahan kimia, racun makhluk perosak dan penyakit pekerjaan.
Berpengetahuan dan berkebolehan melaksanakan aktiviti kesihatan awam seperti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, kawalan vektor, keselamatan dan kualiti makanan, bekalan air dan kebersihan persekitaran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2263-01
Penasihat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
2263-02
Orang yang Kompeten (OYK) - Penilai
2263-03
Orang yang Kompeten (OYK) - Pengurusan Sisa
2263-04
Juruaudit Bangunan
2263-05
Eksekutif Halal
2263-06
Ahli Teknologi Makanan dan Minuman
2263-07
Jurutera Tapak Pelupusan
2263-08
Orang Yang Kompeten (OYK) - Major Hazard
2263-09
Penyelaras Tindak Balas Kecemasan
2263-10
Ahli Ergonomi
2263-11
Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan
2263-12
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9
2263-13
Pegawai Teknologi Makanan Gred C9
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.