- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2263-10
Bandingkan
Ahli Ergonomi menganalisis, mereka bentuk dan mengoptimumkan persekitaran kerja, peralatan dan sistem untuk meningkatkan keselamatan, kesihatan dan kecekapan. Mereka memberi tumpuan kepada peningkatan keselesaan pekerja, mengurangkan ketegangan fizikal dan risiko kecederaan serta meningkatkan produktiviti dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip daripada anatomi, fisiologi, psikologi dan kejuruteraan. Kerja mereka menyokong sesebuah organisasi dalam mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat, lebih cekap dan berpusatkan manusia.
Tugasan
Menjalankan penilaian ergonomik ke atas stesen kerja dan persekitaran kerja untuk mengenal pasti faktor risiko ergonomik.
Mencadangkan dan menyokong penambahbaikan ergonomik untuk mengurangkan risiko kecederaan, meningkatkan keselesaan, dan menambah baik kecekapan kerja.
Bekerjasama dengan pasukan reka bentuk dan kejuruteraan untuk mengintegrasikan prinsip ergonomik ke dalam tempat kerja, peralatan, dan sistem.
Memberi nasihat mengenai kesesuaian bahan, peralatan, dan reka bentuk produk dari perspektif ergonomik.
Menyediakan spesifikasi reka bentuk dan lakaran untuk menyokong penambahbaikan ergonomik.
Kemahiran
Asas
Bekerjasama dengan pasukan pasukan pelbagai disiplin seperti jurutera ,sumber manusia dan pegawai keselamatan.
Berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan dan secara lisan,termasuk pelaporan dan melatih orang lain.
Menganalisis persekitaran kerja dan menggunakan pemikiran kritikal untuk mencadangkan penambahbaikan ergonomik.
Mengendalikan perisisian asas kemasukan data dan penilaian untuk pengendalian dan analisis data.
Menggunakan alat Microsoft Office untuk penghasilan laporan dan pengurusan projek.
Khusus
Kemahiran dalam perisian simulasi dan analisis, termasuk Computer-Aided Design (CAD) dan alat pemodelan manusia.
Keupayaan membangunkan syor yang jelas bagi penambahbaikan reka bentuk dan pelarasan tempat kerja.
Keupayaan menjalankan analisis tuntutan fizikal bagi tugasan tempat kerja.
Keupayaan mentafsir data biomekanik dan faktor manusia.
Kompetensi dalam menentukan spesifikasi dan menilai peralatan ergonomik serta penyelesaian tempat kerja.
Kompetensi dalam mereka bentuk dan menyampaikan latihan ergonomik yang disesuaikan mengikut peranan pekerjaan dan persekitaran kerja.
Pengetahuan dalam keperluan keselamatan pekerjaan serta garis panduan ergonomik yang berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2263-01
Penasihat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
2263-02
Orang yang Kompeten (OYK) - Penilai
2263-03
Orang yang Kompeten (OYK) - Pengurusan Sisa
2263-04
Juruaudit Bangunan
2263-05
Eksekutif Halal
2263-06
Ahli Teknologi Makanan dan Minuman
2263-07
Jurutera Tapak Pelupusan
2263-08
Orang Yang Kompeten (OYK) - Major Hazard
2263-09
Penyelaras Tindak Balas Kecemasan
2263-10
Ahli Ergonomi
2263-11
Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan
2263-12
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9
2263-13
Pegawai Teknologi Makanan Gred C9
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.