Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3634-26
Bandingkan
Artis Budaya Gred B2
Artis Budaya Gred B2 bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai Artis Budaya dalam persembahan PENTARAMA secara profesional, merancang, melaksana dan menyediakan laporan berkaitan persembahan bersesuaian dengan kehendak jabatan. Menguruskan aktiviti persembahan termasuk menyediakan tarian, nyanyian dan lakonan untuk persembahan dengan cekap dan berkesan dalam kumpulan Bakat dan Seni.
Tugasan
Bertanggungjawab memastikan disiplin Artis-artis Budaya Gred B1 berada pada tahap yang memuaskan dengan memastikan mereka mematuhi jadual latihan untuk persembahan sama ada di studio atau di lokasi tugas luar.
Bertanggungjawab melatih Artis-artis Budaya Gred B1 mengenai teknik nyanyian, lakonan dan penyampaian mesej yang betul mengikut piawaian jabatan di samping mencipta tari untuk persembahan-persembahan rasmi.
Menyelaras program-program pembangunan negeri, motivasi, kaunseling dan kerjaya kumpulan Bakat dan Seni Gred B1.
Membantu menyelaras program-program pembangunan diri, motivasi, kaunseling dan kerjaya semua pegawai kumpulan Bakat dan Seni Gred B1.
Mengurus dan memantau kebajikan dan keselamatan serta menyediakan laporan mengenai disiplin Artis-artis Budaya Gred B1 semasa di studio dan di lokasi tugas luar.
Mengendalikan dan membantu menyelaras projek-projek tari, teater luar dengan kerjasama Istana Budaya.
Menjadi role model yang baik kepada Artis-artis Budaya Gred B1.
Memantau disiplin Artis Budaya Istana Budaya semasa membuat latihan tari dan sewaktu persembahan, baik di dalam dan di luar negeri.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan membuat perancangan dan menyediakan laporan yang berkualiti.
Berkebolehan menganalisa mesej atau dasar kerajaan untuk diterjemahkan dalam bentuk persembahan pentas.
Berkebolehan mereka cipta bentuk tarian atau idea baharu tarian.
Berpengetahuan luas dalam bidang seni hiburan tanah air.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.