Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3633
Bandingkan
Profesional Bersekutu Galeri, Muzium, dan Perpustakaan
Profesional Bersekutu Galeri, Muzium, dan Perpustakaan menyediakan kerja seni, spesimen dan artifak untuk koleksi, dan menyusun serta menyelaras pameran galeri.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Bertanggungjawab menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya.
Menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan memulihara (termasuk tugas penjilida semua rekod kerajaan dalam pelbagai bentuk meliputi buku fail, peta, pelan, manuskrip, surat perjanjian, watikah, gambar dan seumpamanya.
Membantu Penolong Kurator menjalankan penyelidikan dan mengumpulkan koleksi-koleksi Muzium dan menyelenggarakan bahagian pemulihan, membaik pulih, mengawet dan membersih koleksi Muzium untuk dipamerkan.
Melukis plan bangunan, ubahsuai bangunan, pejabat atau makmal, plan susun atur balai pameran, plan peti pameran, pemetaan untuk aktiviti cari gali dan sebagainya.
Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.
Memasang dan menyediakan objek untuk pameran.
Membantu pustakawan dalam mendapatkan, menyediakan, dan menguruskan sistem rekod maklumat.
Menerangkan, menganalisis, dan memelihara objek berharga serta koleksi untuk kegunaan rujukan penyelidik dan orang awam.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.