Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3634-17
Bandingkan
Penerbit Rancangan Gred B5 (Pengurus Pentas)
Penerbit Rancangan Gred B5 (Pengurus Pentas) bertanggungjawab menjalankan tugas dalam persembahan PENTARAMA secara profesional, merancang, melaksanakan dan menyediakan laporan berkaitan persembahan bersesuaian dengan kehendak jabatan di samping menguruskan aktiviti persembahan termasuk menyediakan format dan skrip persembahan dengan cekap dan berkesan serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua pegawai dalam kumpulan Bakat dan Seni di Cawangan PENTARAMA
Tugasan
Menjalankan tugas-tugas dan bertanggungjawab kepada Pengarah Lakon Gred B7.
Bertindak sebagai pengurus pentas semasa persembahan dan memastikan running order dari Pembantu Pengarah Lakon Gred B3 dilaksanakan.
Menguruskan perbincangan dengan Penolong Pengarah Lakon Gred B6, Pembantu Pengarah Lakon Gred B3, Pereka Set Gred B2 mengenai pemilihan dan penggunaan peralatan (prop) dan susun atur di atas pentas semasa persembahan.
Menyelia dan mengawasi kerja-kerja penyediaan set/ prop/ teknikal semasa persiapan sebelum menjalankan persembahan.
Bertindak sebagai perunding hal-hal teknikal (lampu, sistem audio, smoke machine dan peralatan teknikal lain) dengan pegawai teknikal.
Bertindak sebagai stage manager dalam satu-satu persembahan.
Turut membantu merancang, memberi idea dan menyediakan kertas konsep bagi cadangan sesebuah persembahan.
Menyelaras keperluan peralatan muzik dan susun atur peralatan muzik dalam satu-satu persembahan.
Mengenal pasti ciri-ciri keselamatan terhadap semua petugas semasa menjalankan running order persembahan.
Menerima dan melaksanakan arahan atau tugas dari masa ke semasa.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan peka terhadap keperluan hiburan semasa.
Khusus
Berkebolehan membuat perancangan dan menyediakan laporan yang berkualiti.
Berkebolehan menganalisa mesej atau dasar kerajaan untuk diterjemahkan dalam bentuk persembahan pentas.
Berpengetahuan luas dalam bidang seni hiburan tanah air.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.