Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3634-12
Bandingkan
Pegawai Kebudayaan Gred B1 bertanggungjawab terhadap program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Memberi nasihat, pandangan dan input kepada YB Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian mengenai program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti seni budaya dan teater di Istana Budaya. Pembinaan pembangunan fizikal atau prasarana kebudayaan seperti pembinaan Taman Budaya Negeri dan Perkampungan Budaya yang memberi ruang dan peluang kepada aktivis seni budaya.
Tugasan
Membuat kerja-kerja penggunaan peralatan teknikal sewaktu proses persiapan dan persembahan.
Membuat kerja-kerja produksi.
Membuat kerja pergerakan keluar/ masuk set dan prop.
Membantu mengawal keluar/ masuk artis di setiap persembahandalam program yang dijalankan.
Mengenal pasti ciri-ciri keselamatan dan memastikan segala urusan berkenaan pentas berjalan seperti yang dirancang.
Membersih, mengemas dan memastikan semua ruang latihan dan pentas persembahan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan sebelum, semasa dan selepas pementasan.
Membantu penyediaan dan mengendalikan peralatan pentas serta teknikal bagi setiap latihan dan persembahan dan sebagai Tukang Bisik (Prompter) kepada pelakon semasa latihan atau persembahan.
Menjalankan tugas-tugas produksi melebihi waktu pejabat (hingga 12 malam) termasuk menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Turut membantu membuat kesan-kesan khas dan kesan bunyi seperti teknik dry ice, smoke machine, pyro dan confetti.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Mempunyai minat yang mendalam dalam menjayakan aktiviti seni dan pementasan dengan sempurna.
Khusus
Berkebolehan membuat analisa mengenai seni dan budaya.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam bidang fotografi, seni reka pentas dan produk pelancongan tempatan.
Berkemahiran dalam bidang komputer, undang-undang dan kewangan.
Berupaya mengaplikasi bidang kebudayaan dan kesenian dalam pelaksanaan tugas.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.