Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3631
Bandingkan
Jurugambar
Jurugambar mengambil gambar, mengendalikan kamera video dan kelengkapan lain untuk merakam dan menyunting imej.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Bertanggungjawab mengambil foto, mengedit, menyediakan caption dan menghantar foto aktiviti rasmi dan tidak rasmi untuk rujukan dan simpanan.
Membuat liputan filem/ video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas, menyediakan peralatan, menjaga kebersihan studio dan bilik gelap serta menjaga keselamatan peralatan di dalam dan di luar jabatan.
Berunding dengan pelanggan untuk menentukan objektif tugasan fotografi.
Mengkaji keperluan tugasan dan memilih jenis kamera, filem, dan pencahayaan.
Menjalankan kerja di studio atau mengangkut dan memasang kelengkapan di lokasi tugasan.
Mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan atau tujuan komersil, industri, atau untuk kegunaan saintifik serta membuat ilustrasi bagi cerita dan rencana di akhbar, majalah, buku, dan penerbitan lain.
Memasang dan mengendalikan kamera wayang gambar bergerak, video, mikroskopik, dan kamera khas yang lain, termasuk yang digunakan untuk fotografi udara bagi merakam imej.
Mengawal kelengkapan untuk menyunting dan mencantum rakaman imej untuk memastikan kualiti yang memuaskan serta menghasilkan kesan imej khas.
Boleh bekerja dengan menggunakan teknologi digital dan memanipulasi hasil imej pada komputer.
Mengaplikasikan prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja.
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.