Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3634-22
Bandingkan
Pegawai Kebudayaan Gred B2
Pegawai Kebudayaan Gred B2 bertanggungjawab terhadap program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Memberi nasihat, pandangan dan input kepada YB Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian mengenai program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti seni budaya dan teater di Istana Budaya. Pembinaan pembangunan fizikal atau prasarana kebudayaan seperti pembinaan Taman Budaya Negeri dan Perkampungan Budaya yang memberi ruang dan peluang kepada aktivis seni budaya.
Tugasan
Menyelia kerja-kerja kreatif dan teknikal semasa persembahan.
Memastikan semua tenaga produksi mematuhi peraturan- peraturan pentas.
Memastikan semua peralatan teknikal dan peralatan kreatif seperti props dan kostum dalam keadaan baik untuk digunakan setiap kali persembahan hendak dimulakan.
Menyelia kerja-kerja persiapan produksi semasa latihan.
Mengawasi kerja-kerja pemasangan set/ props/ teknikal semasa persiapan di pentas.
Menyelia tugasan kakitangan produksi dan teknikal.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Mempunyai minat yang mendalam dalam menjayakan aktiviti seni dan pementasan dengan sempurna.
Khusus
Berkebolehan membuat analisa mengenai seni dan budaya.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam bidang fotografi, seni reka pentas dan produk pelancongan tempatan.
Berkemahiran dalam bidang komputer, undang-undang dan kewangan.
Berupaya mengaplikasi bidang kebudayaan dan kesenian dalam pelaksanaan tugas.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.