Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3634-18
Bandingkan
Penerbit Rancangan Gred B6 (Penolong Pengarah Lakon)
Penerbit Rancangan Gred B6 (Penolong Pengarah Lakon) bertanggungjawab menjalankan tugas dalam persembahan PENTARAMA secara profesional, merancang, melaksanakan dan menyediakan laporan berkaitan persembahan bersesuaian dengan kehendak jabatan di samping menguruskan aktiviti persembahan termasuk menyediakan format dan skrip persembahan dengan cekap dan berkesan serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua pegawai dalam kumpulan Bakat dan Seni di Cawangan PENTARAMA
Tugasan
Menjalankan tugas-tugas dan bertanggungjawab kepada Pengarah Lakon Gred B7.
Penggerak kepada kerja-kerja persembahan dan pelaksana kepada perancangan atau format persembahan yang telah ditetapkan.
Mengurus dan menyelaras pembahagian jadual latihan harian dan bulanan serta memastikan pelaksanaan jadual tersebut mengikut ketetapan.
Mengurus dan menyelaras perbincangan berkaitan persembahan dengan Pengurus Pentas Gred B5 Pembantu Pengarah Lakon Gred B3, Juru Tari, Pereka Set, Penjaga Prop dan Juru Solek Gred B2.
Memastikan mesej-mesej dan olahan skrip yang disediakan dapat dipentaskan mengikut kehendak jabatan.
Bertanggungjawab membantu Pengarah Lakon Gred B7 merancang dan memberi idea berkaitan penyediaan format persembahan dan penyediaan skrip persembahan.
Mengurus dan memantau prestasi dan kerja-kerja yang dijalankan oleh Pengurus Pentas Gred B5 dan Pembantu Pengarah Lakon Gred B3.
Membantu menyelaras program pembangunan diri, motivasi, kaunseling dan kerjaya semua pegawai Kumpulan Bakat dan Seni.
Mengurus dan memantau kebajikan dan keselamatan pegawai Kumpulan Bakat dan Seni.
Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan peka terhadap keperluan hiburan semasa.
Khusus
Berkebolehan membuat perancangan dan menyediakan laporan yang berkualiti.
Berkebolehan menganalisa mesej atau dasar kerajaan untuk diterjemahkan dalam bentuk persembahan pentas.
Berpengetahuan luas dalam bidang seni hiburan tanah air.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.