- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
36
Profesional Bersekutu Sosial, Kebudayaan, dan yang Berkaitan
Kumpulan Kecil
363
Profesional Bersekutu Kesenian dan Kebudayaan
Kumpulan Unit
3634
Profesional Bersekutu Kebudayaan dan Kesenian
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3634-24
Bandingkan
Pegawai Kebudayaan Gred B6
Pegawai Kebudayaan Gred B6 bertanggungjawab terhadap program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Memberi nasihat, pandangan dan input kepada YB Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian mengenai program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti seni budaya dan teater di Istana Budaya. Pembinaan pembangunan fizikal atau prasarana kebudayaan seperti pembinaan Taman Budaya Negeri dan Perkampungan Budaya yang memberi ruang dan peluang kepada aktivis seni budaya.
Tugasan
Melaksanakan perluasan program seni dan budaya, program latihan dan bimbingan seni.
Membantu dalam urusan perhubungan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti penganjuran acara, pengurusan dan pentadbiran.
Melaksanakan penganjuran acara bertujuan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat di dalam aktiviti senidan budaya.
Melaksanakan aktiviti bagi perluasan acara di kawasan luar bandar dan bandar, kampung tradisi serta kawasan lain yang khusus.
Mengurus dan memantau prestasi dan kerja-kerja yang dijalankan oleh pegawai bawahan.
Mengurus persembahan sesebuah produksi tempatan dan antarabangsa yang dikendalikan atau dianjurkan Istana Budaya, Kementerian dan di peringkat nasional.
Mengurus peruntukan kewangan yang diperlukan dalam sesebuah produksi yang dianjurkan oleh Istana Budaya, Kementerian dan peringkat antarabangsa.
Mengurus program pembangunan diri, motivasi, kaunseling dan kerjaya anggota bagi memantapkan prestasi semasa menjalankan tugas.
Turut membantu merancang, memberi idea, khidmat nasihat dan menyediakan kertas konsep bagi cadangan sesebuah persembahan yang akan diadakan di Istana Budaya, Kementerian dan peringkat nasional.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Mempunyai minat yang mendalam dalam menjayakan aktiviti seni dan pementasan dengan sempurna.
Khusus
Berkebolehan membuat analisa mengenai seni dan budaya.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam bidang fotografi, seni reka pentas dan produk pelancongan tempatan.
Berkemahiran dalam bidang komputer, undang-undang dan kewangan.
Berupaya mengaplikasi bidang kebudayaan dan kesenian dalam pelaksanaan tugas.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3634-01
Juruteknik Produksi Pentas/Siaran
3634-02
Pembantu Ingat
3634-03
Tukang Skrip
3634-04
Penyelaras Stunt
3634-05
Pelakon Aksi
3634-06
Tukang Karut (Dikir Barat)
3634-07
Penyelaras Program
3634-08
Penolong Pengeluar
3634-09
Ahli Muzik Gred B1, B2, B3
3634-10
Artis Budaya Gred B1
3634-11
Ahli Muzik Gred B5
3634-12
Pegawai Kebudayaan Gred B1
3634-13
Pegawai Kebudayaan Gred B5
3634-14
Penerbit Rancangan Gred B1
3634-15
Penerbit Rancangan Gred B2
3634-16
Penerbit Rancangan Gred B3 (Pembantu Pengarah Lakon)
3634-17
Penerbit Rancangan Gred B5 (Pengurus Pentas)
3634-18
Penerbit Rancangan Gred B6 (Penolong Pengarah Lakon)
3634-19
Penerbit Rancangan Gred B7 (Pengarah Lakon)
3634-20
Ahli Muzik Gred B6
3634-21
Ahli Muzik Gred B7 (Pembantu Prinsipal)
3634-22
Pegawai Kebudayaan Gred B2
3634-23
Pegawai Kebudayaan Gred B3
3634-24
Pegawai Kebudayaan Gred B6
3634-25
Pegawai Kebudayaan Gred B7
3634-26
Artis Budaya Gred B2
3634-27
Artis Budaya Gred B3
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.