Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3115-12
Bandingkan
Juruteknik CAD/CAM (Reka Bentuk dan Pembuatan Berbantu Komputer) menyokong reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran jentera, peralatan dan komponen menggunakan perisian CAD dan CAM. Mereka mencipta, mengubah suai dan mengoptimumkan model 2D dan 3D, membangunkan program CNC dan menterjemahkan konsep kejuruteraan kepada lukisan teknikal dan arahan pemesinan yang tepat, bekerjasama dengan jurutera dan pasukan pengeluaran, menyelenggara dokumentasi, menyelesaikan masalah sistem CAD/CAM dan memastikan ketepatan dan kecekapan dalam proses pembuatan.
Tugasan
Membaca dan mentafsir pelan, lakaran, dan lukisan teknikal.
Membangunkan, mengubah suai, dan menyelenggara model dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) Computer-Aided Design (CAD) berdasarkan spesifikasi kejuruteraan.
Menyediakan dan melaraskan program Computer-Aided Manufacturing (CAM) untuk proses pemesinan Computer Numerical Control (CNC).
Bekerjasama dengan jurutera, pelukis pelan, dan pereka bentuk untuk menyokong proses pembuatan dan penambahbaikan aliran kerja.
Menyediakan lukisan teknikal dan dokumentasi untuk kegunaan pengeluaran.
Menjalankan simulasi pemesinan dan menyelesaikan masalah berkaitan CAD/CAM untuk memastikan ketepatan proses.
Menyelenggara pangkalan data dan perpustakaan CAD/CAM serta memastikan data dikemas kini dan teratur.
Mematuhi piawaian kualiti dan keselamatan dalam semua aktiviti berkaitan CAD/CAM dan pemesinan.
Menyokong aktiviti prototaip pantas dan penambahbaikan berterusan dalam proses pembuatan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan komunikasi dan kebolehan bekerja dalam pasukan yang berkesan.
Kebolehan membaca, mentafsir dan mengaplikasi lukisan kejuruteraan dan teknikal.
Kemahiran dalam perisian CAD/CAM dan pengendalian komputer.
Kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis.
Memberi perhatian terhadap perincian dan ketepatan dalam kerja.
Khusus
Kecekapan dalam pengaturcaraan Computer-Aided Manufacturing (CAM) menggunakan perisian.
Kecekapan dalam perisian Computer-Aided Design (CAD).
Keupayaan menukar spesifikasi reka bentuk kepada program pemesinan serta menjalankan simulasi pemesinan.
Keupayaan menyelesaikan masalah perisian CAD/CAM dan isu integrasi mesin.
Kompetensi dalam penyediaan jig, fixtur, serta model parametrik atau permukaan 3D.
Pengetahuan dalam Geometric Dimensioning and Tolerancing (GD&T) serta tafsiran lukisan teknikal.
Pengetahuan dalam operasi mesin Computer Numerical Control (CNC), penyediaan, dan proses pemesinan pelbagai paksi.
Pengetahuan dalam piawaian International Organization for Standardization (ISO) dan sistem pengurusan kitar hayat produk.
Pengetahuan dalam sifat bahan, kekangan pemesinan, dan prinsip asas mekanikal serta elektrik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.