Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3115-06
Bandingkan
Juruteknik Mekatronik membangun, memasang, menyelenggara dan membaiki sistem mekatronik dan robotik yang digunakan merentasi industri seperti pembuatan, automotif, elektronik dan pemprosesan makanan. Mereka bekerjasama rapat dengan jurutera untuk memasang, menguji, menentukur dan menyelesaikan masalah jentera automatik, memastikan sistem beroperasi dengan cekap, selamat dan mematuhi piawaian, mengoptimumkan prestasi sistem, menjalankan pemeriksaan berkala dan menaik taraf perkakasan atau perisian untuk mengintegrasikan teknologi baharu.
Tugasan
Memasang, mengkonfigurasi, mentauliahkan, menguji, dan mengesahkan operasi sistem mekatronik dan robotik termasuk mesin automasi.
Mengenal pasti dan membaiki kerosakan pada komponen mekanikal, elektrik, dan elektronik dalam mesin dan sistem robotik.
Melaksanakan penyelenggaraan rutin dan pencegahan serta pembaikan kecemasan ke atas mesin dan robot.
Menentukur sensor, instrumen, aktuator, dan peralatan robotik mengikut spesifikasi operasi.
Membaca, mentafsir, dan mengaplikasikan lukisan teknikal, gambar rajah pendawaian, dan skematik.
Bekerjasama dengan jurutera dalam menyokong reka bentuk, naik taraf, dan integrasi sistem mekatronik dan robotik.
Memprogram dan mengkonfigurasi robot dan sistem automasi termasuk Programmable Logic Controller (PLC) serta perisian kawalan berkaitan untuk mengoptimumkan prestasi.
Menyelenggara dokumentasi yang tepat bagi aktiviti penyelenggaraan, pembaikan, pengujian, dan operasi dalam log dan laporan.
Melatih operator mengenai penggunaan sistem yang betul, penyelesaian masalah, dan pematuhan kepada peraturan keselamatan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan membaca dan mentafsir manual teknikal, skematik, pelan tindakan dan lukisan teknikal.
Kemahiran komunikasi yang baik untuk kerja berpasukan, pelaporan dan hubungan yang berkesan dengan jurutera dan pengendali.
Kemahiran penyelesaian masalah dan analitikal yang kukuh untuk menyelesaikan masalah sistem mekanikal, elektronik dan robotik.
Pemahaman asas tentang prinsip elektrik dan mekanikal, termasuk komponen robotik dan teknologi sensor.
Perhatian terhadap perincian, ketepatan dan kesedaran keselamatan dalam melaksanakan tugas.
Khusus
Kecekapan dalam integrasi sistem sel robotik, barisan pengeluaran, dan peralatan automasi.
Kecekapan dalam pengurusan perisian termasuk naik taraf sistem, sandaran, dan pemulihan.
Kecekapan dalam penyelenggaraan dan pembaikan sistem mekanikal, elektrik, hidraulik, dan pneumatik.
Kemahiran dalam pengaturcaraan Programmable Logic Controller (PLC) dan penyelesaian masalah merentasi pelbagai platform.
Kemahiran dalam pengaturcaraan robot industri dan perisian simulasi.
Kemahiran dalam penggunaan alat diagnostik dan penentukuran untuk analisis sistem dan pengoptimuman prestasi.
Pengetahuan dalam piawaian dan peraturan keselamatan industri.
Pengetahuan dalam sensor, aktuator, mesin Computer Numerical Control (CNC), dan komponen automasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.