Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3112-20
Bandingkan
Penolong Juruukur Bahan Gred JA5 bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Tugasan
Menyelaras penyediaan anggaran awal, Preliminary Detailed Abstract (PDA), senarai kuantiti (BQ), dokumen tender, dan sebut harga.
Menyelaras pentadbiran kontrak pra/pasca, menilai kemajuan kerja, menyediakan perakuan bayaran, dokumen tender, Perakuan Perubahan Kerja (APK)/ Pelarasan Harga Kontrak (PHK), akaun muktamad, dan as completed detailed abstract.
Menyelaras audit teknik sijil dan dokumen projek.
Mengemaskini dan menyimpan borang piawai, BQ, laporan kemajuan, kos tender, perakuan bayaran, angkatunjuk harga, dan profil kontraktor.
Memantau perkhidmatan perunding dan menyemak tuntutan bayaran perunding ukur bahan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang undang-undang serta peraturan am kewangan dan pentadbiran.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.