- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
311
Juruteknik Sains Fizik dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3112
Juruteknik Kejuruteraan Awam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3112-22
Bandingkan
Penolong Juruukur Bangunan Gred J5 bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja lapangan di tapak bagi kerja- kerja kawalan bangunan yang merangkumi keperluan perundangan bangunan (building statutory requirements), penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, audit bangunan (building condition survey), audit ruang (space audit), risiko bangunan (risk assessment), pengurusan ruang, dan pengekalan dan pemuliharaan bangunan. Turut bertanggungjawab membantu dalam kerja-kerja kawal selia bangunan bermasalah dan projek terbengkalai yang merangkumi pemantauan keadaan bangunan dan projek terbengkalai di kawasan Majlis Perbandaran mengikut peruntukan undang- undang.
Tugasan
Menyelia permohonan kelulusan pelan, pemeriksaan tapak dan bangunan siap, penguatkuasaan undang-undang, serta menyelenggara pengkalan data bangunan berstrata.
Menyediakan perancangan, memantau penyelenggaraan, menilai kontraktor, menyelia kerja pembaikan, dan mengurus aduan serta harta bersama bangunan berstrata.
Menjalankan pemeriksaan, audit bangunan, pengurusan ruang, dan penyediaan laporan keadaan serta prestasi aset bangunan.
Menyenarai bangunan warisan, menyelia kerja pemuliharaan kontraktor, mengurus perakuan penyiapan, dan merancang penyelenggaraan bangunan bersejarah.
Mengurus pendaftaran kontraktor, dokumen mesyuarat, rekod harta bertingkat/strata, perlantikan ejen pengurusan, dan melaksanakan arahan pihak atasan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
Berkebolehan membuat pemerhatian dan mendapatkan data di lapangan.
Berkebolehan menilai, menganalisa secara kritikal, memantau dan merumus maklumat.
Khusus
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
Berkebolehan membuat pemerhatian dan mendapatkan data di lapangan.
Berkebolehan menilai, menganalisa secara kritikal, memantau dan merumus maklumat.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3112-01
Juruteknik Kejuruteraan Awam
3112-02
Penganggar Kejuruteraan Awam
3112-03
Pereka Kejuruteraan
3112-04
Penyelia Kejuruteraan Awam
3112-05
Juruteknik Mesin Penggerudian Terowong
3112-06
Inspektor Bangunan
3112-07
Juruteknik Geoteknik
3112-08
Inspektor Kebakaran
3112-09
Juruteknik Ukur
3112-10
Kontraktor Bangunan
3112-11
Juruteknik Instrumensi Proses
3112-12
Penolong Jurutera Awam
3112-13
Juruteknik Operasi
3112-14
Juruteknik Penyelenggaraan Fasiliti Bangunan Hijau
3112-15
Juruteknik Perobohan Bangunan
3112-16
Pembantu Jurutera Penyelenggaraan
3112-17
Pembantu Juruukur Bahan
3112-18
Juruteknik Penyelenggara Kebakaran
3112-19
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA5
3112-20
Penolong Juruukur Bahan Gred JA5
3112-21
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1
3112-22
Penolong Juruukur Bangunan Gred J5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.