Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2423-09
Bandingkan
Pakar Pembelajaran Digital mereka bentuk, membangun dan melaksanakan program pembelajaran dalam talian, mencipta kandungan multimedia dan modul interaktif untuk meningkatkan penglibatan pelajar. Mereka mengurus persediaan teknikal, penyampaian dan pemantauan kursus digital bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang berkesan dan berimpak.
Tugasan
Membangunkan, menyusun dan menyelenggara kandungan pembelajaran digital yang berbentuk multimedia dan interaktif dengan menggunakan perisian e-pembelajaran serta elemen audio visual untuk meningkatkan penglibatan pelajar.
Mereka bentuk dan melaksanakan program pembelajaran digital, termasuk kursus dalam talian, pentaksiran dan modul e-pembelajaran.
Bekerjasama dengan pakar bidang dan pereka bentuk pengajaran untuk memastikan ketepatan, kualiti dan penglibatan dalam kandungan pembelajaran digital.
Memberi latihan dan sokongan teknikal kepada pendidik mengenai alat digital, teknologi pengajaran dan penggunaan teknologi pendidikan yang berkesan.
Mengurus persediaan teknikal, penyampaian, kawalan versi, pengemaskinian kandungan dan penyimpanan bahan serta kursus pembelajaran digital.
Memantau, menilai dan menambah baik keberkesanan serta impak program dan kursus pembelajaran digital.
Kemahiran
Asas
Kemahiran dalam bahasa yang digunakan secara meluas untuk pembangunan kandungan dan pengajaran.
Kemahiran komunikasi dan kolaborasi yang kukuh untuk bekerjasama secara berkesan dengan pakar bidang.
Kemahiran mendengar secara aktif untuk mengenal pasti keperluan pelajar dalam kehendak projek.
Ketelitian tinggi bagi memastikan ketepatan dalam kandungan dan reka bentuk.
Mampu menyesuaikan diri dengan alatan dan teknologi baharu dalam persekitaran pembelajaran digital.
Khusus
Kecekapan dalam menghasilkan bahan pembelajaran multimedia.
Kecekapan dalam pembangunan kandungan e-pembelajaran.
Keupayaan untuk menganalisis data pembelajaran bagi menambah baik kandungan digital dan menilai hasil pembelajaran pelajar.
Pengetahuan dalam prinsip reka bentuk pengajaran untuk membangunkan laluan pembelajaran digital yang berkesan.
Pengetahuan dalam strategi gamifikasi untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam persekitaran pembelajaran digital.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.