Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2426
Bandingkan
Profesional Penyelidikan dan Pembangunan merancang, menggubal dasar dan bertanggungjawab dalam penyelidikan asas dan sains ke arah pembangunan teknologi dan ciptaan-ciptaan baru.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan penemuan baru.
Menjalankan penyelidikan bagi mempertingkatkan kualiti ciptaan yang sedia ada.
Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki pengeluaran.
Menilai dan menentukan hasil penyelidikan itu dapat digunakan untuk tujuan pembangunan.
Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan.
Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.
Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, dan menyebarkan maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai bidang.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.