- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
24
Profesional Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
242
Profesional Pentadbiran
Kumpulan Unit
2423
Profesional Personel dan Kerjaya
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2423-01
Bandingkan
Pegawai Keselamatan Personel bertanggungjawab untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat dengan membangun, melaksanakan dan memantau dasar dan prosedur keselamatan. Mereka menjalankan penilaian risiko dan audit keselamatan, menyiasat insiden tempat kerja, menyediakan latihan tentang amalan keselamatan dan memastikan pematuhan dengan peraturan yang berkaitan, sambil menggalakkan budaya keselamatan untuk mencegah kemalangan dan menjaga kesejahteraan pekerja.
Tugasan
Menjalankan pemeriksaan keselamatan di tempat kerja untuk mengenal pasti bahaya dan risiko.
Membangunkan, melaksanakan dan memantau pelan, dasar dan prosedur keselamatan.
Menyampaikan latihan keselamatan dan program kesedaran kepada pekerja.
Menjalankan penilaian risiko dan melaksanakan langkah pencegahan.
Menyiasat kemalangan dan mencadangkan tindakan pembetulan.
Memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan perundangan dan kawal selia yang berkaitan.
Mengekalkan rekod dan dokumentasi keselamatan yang tepat.
Memberi nasihat dan panduan kepada pekerja mengenai hal keselamatan di tempat kerja.
Menyelaras pelan tindak balas kecemasan dan latihan kecemasan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh untuk menyampaikan maklumat keselamatan dengan berkesan.
Kemahiran mendengar secara aktif dan penulisan yang jelas untuk menyediakan laporan serta dokumentasi keselamatan.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa bagi merancang serta menyelaras tugasan keselamatan.
Ketelitian dalam mengenal pasti bahaya serta memastikan pematuhan.
Pemikiran analitikal untuk menilai risiko dan meyelesaikan isu keselamatan.
Khusus
Keupayaan untuk membangunkan dan menyampaikan program latihan keselamatan yang disesuaikan.
Keupayaan untuk membimbing dan melatih personel dalam amalan keselamatan di tempat kerja.
Keupayaan untuk menilai prestasi dan hasil keselamatan.
Kompetensi dalam merancang dan menyelaras prosedur tindak balas kecemasan.
Kompetensi dalam pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko.
Kompetensi dalam pentadbiran keselamatan, dokumentasi dan sokongan dasar.
Pengetahuan tentang Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2423-01
Pegawai Keselamatan Personel
2423-02
Juruanalisis Pekerjaan
2423-03
Penasihat Kerjaya
2423-04
Pakar Sumber Manusia
2423-05
Kaunselor Bimbingan Vokasional
2423-06
Pakar Latihan
2423-07
Pegawai Pengambilan Pelajar
2423-08
Penasihat Pendaftaran
2423-09
Pakar Pembelajaran Digital
2423-10
Pendamai Perhubungan Pengurusan Buruh
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.