- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
24
Profesional Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
242
Profesional Pentadbiran
Kumpulan Unit
2421
Juruanalisis Pengurusan dan Organisasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2421
Bandingkan
Juruanalisis Pengurusan dan Organisasi
Juruanalisis Pengurusan dan Organisasi membantu organisasi dalam meningkatkan kecekapan dan penyelesaian masalah organisasi. Mereka mengkaji struktur, kaedah, sistem dan prosedur organisasi.
Tugasan
Membantu dan menggalakkan pembangunan objektif, strategi, dan rancangan yang memuaskan hati pelanggan dan kecekapan penggunaan sumber organisasi yang cekap.
Menganalisis dan menilai sistem dan struktur semasa.
Membincangkan sistem semasa dengan kakitangan dan mematuhi sistem di semua peringkat organisasi.
Memberi panduan kepada pelanggan ke arah organisasi yang lebih cekap dan mencari penyelesaian kepada masalah organisasi.
Melaksanakan dan menyemak kajian kerja dengan menganalisis kaedah dan prosedur sedia ada yang dicadangkan seperti prosedur pentadbiran dan perkeranian.
Merekod dan menganalisis carta aliran kerja, rekod, laporan, manual, dan keterangan pekerjaan organisasi.
Menyediakan dan menyarankan cadangan untuk menyemak kaedah dan prosedur organisasi, mengubah aliran kerja, mentakrif semula fungsi kerja, dan menyelesaikan masalah organisasi.
Membantu melaksanakan saranan yang diluluskan, mengesahkan peraturan dan manual prosedur yang telah disemak, dan merangka dokumen lain.
Menyemak prosedur operasi dan melaporkan sebarang ketidakselarasan operasi dengan prosedur dan standard yang ditetapkan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.