Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2424
Bandingkan
Profesional Pembangunan Latihan dan Kakitangan
Profesional Pembangunan Latihan dan Kakitangan merancang, membangun, melaksana, dan menilai program latihan dan pembangunan untuk memastikan pihak pengurusan dan kakitangan memperoleh kemahiran, dan membangunkan kompetensi yang diperlukan oleh organisasi untuk memenuhi objektif organisasi.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengenal pasti keperluan dan kehendak individu dan organisasi.
Menetapkan objektif pembangunan sumber manusia dan menilai hasil pembelajaran.
Menyediakan dan membangunkan bahan dan alat bantu latihan pengajaran seperti buku panduan, alat bantu visual, tutorial dalam talian, model tunjuk cara, dan dokumen rujukan latihan sokongan.
Mereka bentuk, menyelaras, menyusun jadual, dan mengendalikan program latihan dan pembangunan yang boleh disampaikan dalam bentuk pengajaran perseorangan atau berkumpulan, dan menjadi fasilitator bengkel, mesyuarat, demonstrasi dan persidangan.
Berhubung dengan penyedia latihan luaran untuk mengatur penyampaian program latihan pembangunan tertentu.
Menggalakkan latihan dan pembangunan dalaman dan luaran, dan menilai aktiviti promosi tersebut.
Memantau dan melaksanakan penilaian dan penaksiran berterusan bagi kualiti dan keberkesanan latihan luaran dan dalaman serta menyemak dan mengubahsuai objektif, kaedah, dan kebolehsampaian latihan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.