Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2423
Bandingkan
Profesional Personel dan Kerjaya
Profesional Personel dan Kerjaya menyediakan perkhidmatan perniagaan profesional yang berkaitan dengan dasar personel seperti pengambilan atau perkembangan kakitangan, analisis pekerjaan, dan bimbingan vokasional.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memberi nasihat dan menjalankan fungsi berkaitan pengambilan pekerja, penempatan, latihan, prestasi kakitangan, kenaikan pangkat, pampasan, dan perhubungan pekerja dengan pihak pengurusan.
Menguruskan rekod personel dan sistem maklumat sumber manusia yang berkenaan.
Mengkaji dan menganalisis kerja yang dilaksanakan dalam sesuatu organisasi, menjalankan temu duga dengan pekerja, penyelia dan pengurusan serta menulis keterangan tentang jawatan, kerja dan pekerjaan secara terperinci daripada data yang diperoleh.
Menyediakan buku kecil/ risalah maklumat pekerjaan dan sistem pengelasan pekerjaan.
Memberi nasihat berhubung dengan aspek-aspek pentadbiran personel, penyelidikan perancangan tenaga manusia, latihan atau maklumat pekerjaan, dan bimbingan vokasional.
Mengkaji dan memberi nasihat kepada orang perseorangan tentang peluang pekerjaan, pemilihan kerjaya dan pendidikan atau latihan lanjutan.
Memberi bimbingan kepada pelajar, ibu bapa dan guru tentang pelbagai perkara, termasuk masalah peribadi pelajar, kesulitan pembelajaran, dan keperluan khas.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.