Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2149-13
Bandingkan
Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J9 menguatkuasa tiga akta (3) yang utama iaitu Akta Kilang Dan Jentera (AKJ) 1967, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 dan Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 Dan Peraturan Pengangkutan Bahan Petroleum Melalui Talian Paip 1985, menjalankan promosi berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan menyediakan standard pematuhan dan pelaksanaan kepada akta yang dikuatkuasakan di sepuluh (10) sektor ekonomi atau semua tempat kerja.
Tugasan
Menjalankan kajian dan mendapatkan maklumat untuk analisa kemalangan besar.
Menjalankan kajian keperluan terhadap software development untuk analisa risiko dan memastikan risk analysis maintenance software dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.
Memproses permohonan kelulusan alat higien industri, bilik senyap, kelengkapan pelindung diri, dan alat pembagasan pasir.
Menggubal prosedur, garis panduan, kod amalan, standard, dan peraturan berkaitan alat higien industri, bilik senyap, kelengkapan pelindung diri, dan alat pembagasan pasir.
Menjalankan pemeriksaan dan penilaian pematuhan pengilang terhadap peraturan CIMAH termasuk laporan keselamatan, pelan kecemasan, dan demonstration of safe operation.
Mengeluarkan kelulusan pemasangan (PTI) sistem talian paip, menilai permohonan pembaikan dan pengubahsuaian, serta menjalankan pemeriksaan tapak dan ujian hidrostatik.
Menyemak, memproses, meneliti pengiraan menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan spesifikasi reka bentuk dandang stim tiub api, dandang stim tiub air dan dandang stim heat recovery menurut kod-kod yang diiktirafkan.
Menyemak, memproses, dan memberi kelulusan pendaftaran kontraktor gas, syarikat pemasangan mesin angkat dan jentera pembinaan, serta mengiktiraf pegawai keselamatan, dan Ketua Kapal Korek/ Jurutera Enjin Pembakaran Dalam/ Jurutera Stim.
Mengurus pendaftaran kendalian platform dan kerja bina kejuruteraan, mengadakan pemeriksaan berasaskan risiko, serta menjalankan ujian hidrostatik/pneumatik/kendalian jentera berperakuan.
Mengumpul maklumat dan menyediakan jadual bagi pemantauan sektor-sektor industri untuk menentukan keberkesanan pentadbiran dan penguatkuasaan KKP di premis-premis tersebut.
Kemahiran
Asas
Mempunyai kemahiran komunikasi dengan pihak majikan dan pekerja.
Khusus
Mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.
Mempunyai pengetahuan dalam bidang higien dan ergonomik.
Mempunyai pengetahuan untuk menangani isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara sistematik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.