Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2142
Bandingkan
Jurutera Awam merancang, menjalankan penyelidikan, memberi nasihat, mereka bentuk dan mengarah aktiviti pembinaan, menguruskan operasi dan penyelenggaraan struktur kejuruteraan awam, atau mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan- bahan tertentu.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.
Memberi khidmat nasihat dan mereka bentuk struktur seperti jambatan, empangan, dok, jalan raya, lapangan terbang, landasan kereta api, saluran paip, pelupusan sampah dan sistem kawalan banjir, dan bangunan industri serta bangunan besar lain.
Menentukan dan mengkhususkan kaedah, bahan dan standard kualiti pembinaan serta mengarahkan kerja pembinaan.
Menetapkan sistem kawalan untuk memastikan struktur berfungsi dengan cekap termasuk keselamatan dan perlindungan alam sekitar.
Mengelola dan mengarah buruh tapak dan penghantaran bahan pembinaan, loji, dan kelengkapan yang diperlukan untuk projek pembinaan.
Mengurus kontrak dan menentu sah dan mengesahkan pembinaan siap dengan memuaskan.
Mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bagi bahan/ proses tertentu atau sistem yang berkaitan dengan kerja kejuruteraan awam.
Membuat kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan.
Mengekalkan hubungan dan perundingan teknikal dengan pakar lain yang berkaitan.
Menyelia ujian dan pentauliahan kerja yang telah disiapkan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.