Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2149
Bandingkan
Profesional Kejuruteraan (Tidak Termasuk Elektroteknologi) yang Tidak Dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan unit ini merangkumi Profesional Kejuruteraan (Tidak termasuk Elektroteknologi) yang Tidak dikelaskan di Mana-mana Kumpulan Kecil 214: Profesional Kejuruteraan (Tidak Termasuk Elektroteknologi). Sebagai contoh, kumpulan ini termasuk jurutera bahan peletupan, jurutera penyelamat marin dan jurutera nuklear.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mereka bentuk, menguji, dan menyelaras pembuatan bahan letupan mengikut spesifikasi perolehan yang ditetapkan oleh pihak tentera.
Mereka bentuk dan menyelia pembinaan dan operasi reaktor nuklear dan loji kuasa dan pemprosesan semula bahan api nuklear dan sistem penambakan.
Mereka bentuk dan membangunkan peralatan nuklear seperti teras reaktor, perlindungan radiasi dan instrumentasi berkaitan, dan mekanisme kawalan.
Menilai kerosakan dan menyediakan pengiraan bajet untuk operasi menyelamat marin.
Mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek kejuruteraan proses pembuatan tertentu.
Mengenal pasti bahaya dan memperkenalkan prosedur dan peranti keselamatan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.