- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2146
Bandingkan
Jurutera Perlombongan, Ahli Kaji Logam dan Profesional yang Berkaitan
Jurutera Perlombongan, Ahli Kaji Logam dan Profesional yang Berkaitan menjalankan penyelidikan, mereka bentuk, serta membangunkan dan menyelenggara kaedah mengekstrak logam daripada bijih atau mineral, air, serta minyak atau gas berskala komersil dari bumi, dan mencipta aloi baru, seramik dan bahan lain, atau mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk atau proses tertentu.
Tugasan
Menjalankan penyelidikan, memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan kaedah baru atau menambah baik kaedah sedia ada untuk menangani aspek kejuruteraan dalam perlombongan dan pengekstrakan minyak, gas, atau air.
Menentukan kaedah perlombongan dan pengekstrakan paling cekap, jenis jentera yang akan digunakan, perancangan susun atur, dan mengarah pembinaan syaf dan terowong.
Menentukan tapak penggerudian dan mereka kaedah pengawalan aliran air, minyak atau gas dari telaga.
Merancang dan mengarah penyimpanan, rawatan awal, dan pengangkutan air, minyak atau gas.
Menetapkan standard dan prosedur keselamatan dan kemudahan pertolongan cemas, terutamanya di bawah tanah.
Menjalankan penyelidikan, membangunkan kaedah pengekstrakan logam daripada bijihnya dan memberi khidmat nasihat tentang aplikasinya.
Menyiasat sifat logam dan aloi, membangunkan aloi baru dan memberi khidmat nasihat dan menyelia aspek teknikal bagi pembuatan dan pemprosesan logam dan aloi.
Mengkaji dan memberi khidmat nasihat tentang aspek teknologi bahan atau proses tertentu.
Mengekalkan hubungan dan perundingan teknikal dengan pakar lain yang berkaitan, khususnya dengan ahli geologi dan geofizik.
Menyediakan bajet kos operasi untuk menilai kebolehlaksanaan ekonomi proses pengeluaran.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2146-01
Jurutera Perlombongan
2146-02
Jurutera Perlombongan Petroleum
2146-03
Ahli Kaji Logam
2146-04
Penguji Logam
2146-05
Ketua Bahagian Marin
2146-06
Jurutera Hidraulik
2146-07
Jurutera Pengurusan Air
2146-08
Jurutera Mekanikal Saluran Paip
2146-09
Jurutera Tekanan Saluran Paip
2146-10
Pakar Letupan (Lombong)
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.