Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2149-12
Bandingkan
Jurutera Kejuruteraan Berbantukan Komputer (CAE) membangunkan dan menganalisis model komputer terperinci bagi komponen fizikal untuk menyokong proses kejuruteraan daripada reka bentuk hingga pembuatan. Mereka menjalankan simulasi dan penilaian untuk menilai tingkah laku produk di bawah keadaan dunia sebenar, mengenal pasti penambahbaikan dan mengoptimumkan reka bentuk bagi memastikan prestasi, kebolehpercayaan dan keberkesanan kos.
Tugasan
Menjalankan simulasi struktur, terma dan dinamik menggunakan perisian kejuruteraan berbantukan komputer (CAE) untuk menilai prestasi komponen dan produk di bawah keadaan operasi yang dijangka.
Mentafsir keputusan simulasi dan mencadangkan penambahbaikan atau pengubahsuaian reka bentuk.
Bekerjasama dengan pasukan reka bentuk serta penyelidikan dan pembangunan untuk mengoptimumkan reka bentuk produk.
Menganalisis keperluan kejuruteraan, parameter simulasi, proses dan prosedur untuk menyokong pembangunan produk dan meningkatkan kecekapan aliran kerja.
Membangunkan dan melaksanakan syor berdasarkan dapatan simulasi untuk menambah baik proses kejuruteraan dan prestasi produk.
Menyediakan spesifikasi simulasi dan keperluan teknikal untuk menyokong pemodelan, analisis dan aplikasi perisian berkaitan.
Menyediakan laporan teknikal, dokumentasi dan pembentangan dapatan simulasi.
Menyertai semakan reka bentuk kejuruteraan dan memastikan pematuhan kepada piawaian kejuruteraan serta spesifikasi pelanggan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk bekerja secara berdikari dan berkerjasama dalam persekitaran projek.
Kemahiran menulis laporan teknikal.
Komunikasi berkesan dan pendengaran aktif untuk kerja berpasukan.
pemikiran analitikal dan kemahiran menyelesaikan masalah yang kukuh.
Perhatian terhadap butiran dan pemahaman bacaan.
Khusus
Kecekapan dalam analisis sistem kejuruteraan dan reka bentuk model simulasi.
Kemahiran dalam perisian kejuruteraan berbantukan komputer (CAE).
Kemahiran dalam perisian reka bentuk berbantukan komputer (CAD).
Pengetahuan dalam prinsip mekanikal, sains bahan dan analisis unsur terhingga (FEA).
Pengetahuan dalam teknik pengoptimuman dan reka bentuk untuk kebolehbuatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.