- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
2141
Jurutera Industri dan Pengeluaran
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2141
Bandingkan
Jurutera Industri dan Pengeluaran
Jurutera Industri dan Pengeluaran merancang, menjalankan penyelidikan, mereka bentuk, dan menyelia pembinaan, pengoperasian dan proses penyelenggaraan serta pemasangan loji. Mereka membuat program untuk menyelaraskan aktiviti perkilangan dan menilai keberkesanan kos dan keselamatan.
Tugasan
Membangunkan standard dan dasar-dasar bagi pemasangan, pengubahsuaian, kawalan kualiti, pengujian, pemeriksaan dan penyelenggaraan mengikut prinsip kejuruteraan dan peraturan- peraturan keselamatan.
Merujuk personel pengurusan dan penyeliaan dan memberi khidmat nasihat tentang perancangan dan kaedah pengeluaran.
Membangunkan automasi kilang yang canggih, mekanisma projek dan menyarankan strategi automasi jangka panjang.
Memberi khidmat nasihat tentang kaedah meningkatkan penggunaan personel, serta bahan kelengkapan yang cekap, selamat dan menjimatkan.
Memberi cadangan berhubung kaedah kerja dan urutan operasi.
Memberi cadangan dan menyelia dari aspek masa dan pengaturan dalam organisasi kerja.
Memberi khidmat nasihat tentang susun atur yang paling cekap untuk kilang atau pertubuhan.
Mengenal pasti bahaya yang mungkin timbul dan memperkenalkan prosedur dan peranti keselamatan.
Menyediakan dan memantau anggaran kos dan jadual bahan bagi projek seni bina dan pembinaan.
Mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bagi proses pembuatan.
Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.
Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kerja-kerja pengukuran sesuatu binaan bangunan dan kerja-kerja pengukuran sebelum dibangunkan binaan tersebut.
Mereka bentuk komponen instrumen optik seperti kanta, mikroskop, teleskop, laser, cakera optik, sistem dan peralatan lain yang menggunakan sifat cahaya.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2141-01
Jurutera Automasi
2141-02
Jurutera Robotik
2141-03
Jurutera Perindustrian
2141-04
Juruanalisis Komunikasi
2141-05
Jurutera Sistem (kecuali Komputer)
2141-06
Jurutera Pereka Sistem (kecuali Komputer)
2141-07
Jurutera Penilaian Kos
2141-08
Ahli Teknologi Perindustrian dan Pengeluaran
2141-09
Ahli Teknologi Seramik
2141-10
Jurutera Fotonik
2141-11
Jurutera SCADA
2141-12
Jurutera Tenaga
2141-13
Jurutera Tenaga Baharu
2141-14
Jurutera Persekitaran
2141-15
Juruaudit Tenaga
2141-16
Jurutera Bahan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.