Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2149-07
Bandingkan
Jurutera Biomedikal mengaplikasikan prinsip kejuruteraan dan sains biologi untuk mereka bentuk, membangunkan, dan menyelenggara peranti perubatan serta teknologi penjagaan kesihatan. Mereka bekerjasama dengan profesional kesihatan bagi memastikan peralatan selamat, berkesan, dan sesuai dengan keperluan klinikal, serta terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan inovasi dan menambah baik penyelesaian perubatan bagi diagnosis, rawatan, dan pemulihan pesakit.
Tugasan
Mereka bentuk dan membangunkan instrumen perubatan serta peralatan diagnostik menggunakan prinsip kejuruteraan.
Menyesuaikan dan menambah baik peranti perubatan untuk memenuhi keperluan pesakit dan klinikal.
Memasang, menentukur, menyelenggara, dan membaiki peralatan perubatan seperti pengimbas Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan ventilator.
Menilai keselamatan, kecekapan, dan keberkesanan peralatan bioperubatan.
Menganalisis prestasi peralatan dan mengenal pasti penambahbaikan berdasarkan data perubatan.
Memastikan pematuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan serta menjalankan penilaian risiko.
Berurusan dengan pihak berkuasa kawal selia dan pembekal untuk mengekalkan standard keselamatan peranti.
Menyesuaikan atau membangunkan perkakasan atau perisian komputer untuk aplikasi perubatan.
Melatih profesional kesihatan dalam penggunaan peranti perubatan secara selamat dan berkesan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal untuk menyelesaikan masalah teknikal yang kompleks.
Kemahiran komunikasi yang berkesan untuk menerangkan maklumat teknikal dengan jelas kepada profesional penjagaan kesihatan.
Kemahiran pengurusan masa dan organisasi untuk mengurus pelbagai projek dengan cekap.
Kerja berpasukan dan kerjasama dengan kakitangan perubatan,jurutera dan juruteknik.
Ketelitian terhadap butiran ketika mengendalikan peralatan sokongan hayat atau diagnostik.
Khusus
Kecekapan dalam mengenal pasti kerosakan dan menyelenggara peralatan perubatan serta elektromekanikal yang kompleks.
Kecekapan dalam pengurusan kualiti, analisis kegagalan, dan penilaian prestasi peranti perubatan.
Kemahiran dalam alat antara muka perisian untuk aplikasi perubatan.
Kemahiran dalam Computer-Aided Design (CAD) dan perisian simulasi untuk reka bentuk produk perubatan.
Kemahiran dalam menyediakan lukisan teknikal dan dokumentasi reka bentuk menggunakan AutoCAD.
Kemahiran dalam sistem pemerolehan data dan sistem terbenam untuk aplikasi perubatan.
Keupayaan untuk menjalankan analisis statistik bagi menilai prestasi peralatan bioperubatan.
Pengetahuan dalam instrumentasi perubatan, biomekanik, bioinformatik, dan fisiologi manusia.
Pengetahuan dalam peraturan dan sistem pengurusan kualiti dalam kejuruteraan bioperubatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.