Versi Lama
Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2143
Bandingkan
Jurutera Alam Sekitar
Jurutera Alam Sekitar menjalankan penyelidikan, memberi nasihat, mereka bentuk dan memberi penyelesaian untuk mencegah, mengawal atau memulihkan kesan negatif akibat aktiviti manusia terhadap alam sekitar dengan menggunakan pelbagai aturan kejuruteraan. Mereka menjalankan penilaian alam sekitar untuk projek pembinaan dan kejuruteraan awam, dan menggunakan prinsip-prinsip kejuruteraan untuk mengawal pencemaran, kitaran semula dan pelupusan sisa.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengkaji impak projek pembinaan yang dicadangkan ke atas alam sekitar.
Menjalankan kajian pengurusan sisa berbahaya untuk menilai tentang bahaya tersebut, memberi nasihat tentang rawatan dan pencegahan serta menggubal peraturan untuk mencegah kejadian yang tidak diingini.
Mereka bentuk sistem bekalan air perbandaran dan rawatan sisa air industri serta peka mengenai isu alam sekitar tempatan dan antarabangsa seperti kesan hujan asid, kemerosotan lapisan ozon, pencemaran air dan pencemaran udara daripada ekzos kenderaan dan sumber perindustrian.
Mengkaji kesan faktor-faktor seperti rupa bumi, altitud, keadaan iklim, sumber nutrisi, dan haiwan pemangsa ke atas haiwan dan tumbuhan.
Menyiasat struktur komuniti organisma dan meramal kesan gangguan oleh manusia atau perubahan alam sekitar.
Mengurus sumber hutan, rekreasi dan alam sekitar bagi memaksimumkan faedah komersil untuk jangka masa panjang dan untuk manfaat komuniti.
Menyelidik tanaman ladang dan rumput, dan membangunkan kaedah penanaman baru atau yang ditambah baik.
Menyelidik tanaman hortikultur dan membangunkan kaedah penanaman baru dan yang ditambah baik.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.