Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2146-07
Bandingkan
Jurutera Pengurusan Air menyelidik, mereka bentuk dan melaksanakan sistem untuk pengurusan sumber air yang mampan. Mereka membangun dan menyelia projek seperti rangkaian bekalan air, loji rawatan, sistem pengairan dan saliran, pengurusan air ribut dan struktur kawalan banjir, memastikan pematuhan dengan piawaian alam sekitar dan perundangan. Kerja mereka termasuk menilai kualiti air, menjalankan kajian hidrologi, menyediakan laporan teknikal dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan untuk mengoptimumkan penggunaan air dan meningkatkan aksesibiliti, kemampanan dan keselamatan di kawasan bandar dan luar bandar.
Tugasan
Mereka bentuk dan menyelia sistem penyimpanan, bekalan, pengagihan, dan rawatan air untuk memastikan kecekapan, kualiti, dan kemampanan.
Merancang dan melaksanakan penyelesaian air sisa, air ribut, dan kawalan banjir dengan mematuhi piawaian alam sekitar dan perundangan.
Menjalankan pemodelan hidrologi, penilaian impak alam sekitar, dan penilaian kualiti air untuk menyokong perancangan sumber air.
Bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan, agensi alam sekitar, rakan sektor swasta, dan pakar teknikal untuk memastikan pematuhan, kemampanan, dan pelaksanaan projek yang berkesan.
Menyediakan laporan teknikal dan menilai daya maju projek infrastruktur air.
Kemahiran
Asas
Kemahiran analitikal yang kukuh untuk menilai sistem air dan membuat keputusan berdasarkan data.
Kemahiran pengurusan projek untuk perancangan,belanjawan dan menerajui projek infrastruktur.
Komunikasi berkesan untuk membentangkan maklumat teknikal dan bekerjasama dengan puhak berkepentingan.
Pemikiran kritis untuk menilai masalah dan mengenal pasti penyelesaian yang berkesan.
Pengurusan masa dan kemahiran organisasi untuk mengendalikan pelbagai tugasan dan tarikh akhir.
Khusus
Kecekapan dalam Geographic Information Systems (GIS) untuk pemetaan dan analisis spatial.
Kecekapan dalam perisian pemodelan hidraulik dan hidrologi untuk analisis sistem air.
Kecekapan dalam reka bentuk dan analisis sistem bekalan, pengagihan, dan rawatan air.
Kompetensi dalam amalan pemuliharaan air dan pengurusan air mampan.
Kompetensi dalam penilaian risiko banjir dan reka bentuk infrastruktur kawalan banjir.
Pengetahuan dalam peralatan mekanikal dan elektrikal serta sistem kawalan yang digunakan dalam infrastruktur air.
Pengetahuan dalam proses rawatan air sisa, termasuk kaedah biologi, kimia, dan fizikal.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.