- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2146-04
Bandingkan
Penguji Logam menjalankan analisis yang tepat terhadap logam, mineral, dan bijih untuk menentukan komposisi, ketulenan, dan kualitinya. Mereka menggunakan teknik kimia dan fizikal di makmal atau di lapangan bagi menyediakan data yang tepat untuk menyokong proses perlombongan, metalurgi, dan pembuatan, serta memastikan kawalan kualiti, pematuhan terhadap peraturan, dan pembuatan keputusan yang berasaskan maklumat berkaitan pengeluaran dan penentuan nilai.
Tugasan
Menyediakan dan memproses sampel bijih, logam, atau bahan mentah untuk analisis.
Menjalankan ujian kimia dan fizikal.
Mentafsir dan menganalisis keputusan ujian, serta menyediakan laporan terperinci untuk menyokong kawalan kualiti, pematuhan, dan keputusan pengeluaran atau penentuan nilai.
Memastikan semua ujian mematuhi keperluan perundangan, alam sekitar, dan kawalan kualiti.
Menyelenggara, menentukur, dan menyelesaikan masalah peralatan makmal untuk memastikan keputusan yang tepat.
Menyemak dan menambah baik kaedah ujian serta teknik analisis untuk meningkatkan ketepatan dan kebolehpercayaan.
Membangunkan dan menambah baik prosedur untuk analisis bahan.
Bekerjasama dengan ahli geologi, ahli metalurgi, dan pakar teknikal lain.
Menyokong operasi perlombongan dan pemprosesan bahan dengan menyediakan analisis makmal dan keputusan ujian yang tepat.
Kemahiran
Asas
kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk mentafsir data ujian dan menyelesaikan isu-isu pengujian.
Kemahiran komunikasi yang berkesan untuk mendokumentasikan dan menerangkan dapatan ujian dengan jelas.
Kemahiran matematik yang baik dalam melakukan pengiraan dan menggunakan formula dalam analisis kimia.
Ketelitian terhadap butiran untuk mengesan variasi kecil dalam komposisi bahan dan keputusan ujian.
Pemikiran kritis untuk mengikuti prosuder ujian dan memastikan ketepatan dalam proses makmal.
Khusus
Kecekapan dalam pengendalian, penentukuran, dan penyelenggaraan peralatan makmal khusus.
Kecekapan dalam perisian analisis data untuk mengurus dan mentafsir keputusan makmal.
Kecekapan dalam teknik analisis makmal.
Kompetensi dalam penyediaan dan pengendalian sampel bagi ujian yang tepat ke atas bijih, logam, dan bahan mentah.
Pengetahuan dalam keselamatan tempat kerja, standard kesihatan, dan peraturan alam sekitar bagi ujian makmal.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2146-01
Jurutera Perlombongan
2146-02
Jurutera Perlombongan Petroleum
2146-03
Ahli Kaji Logam
2146-04
Penguji Logam
2146-05
Ketua Bahagian Marin
2146-06
Jurutera Hidraulik
2146-07
Jurutera Pengurusan Air
2146-08
Jurutera Mekanikal Saluran Paip
2146-09
Jurutera Tekanan Saluran Paip
2146-10
Pakar Letupan (Lombong)
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.