Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2146-05
Bandingkan
Ketua Bahagian Marin menyelia dan mengurus seksyen tertentu dalam industri marin, memastikan operasi kapal, anak kapal dan logistik maritim yang selamat dan cekap. Peranan ini melibatkan penyeliaan aktiviti marin, penyelenggaraan peralatan, penguatkuasaan pematuhan peraturan dan penyelarasan dengan jabatan lain untuk menyokong kelancaran operasi, sambil membangunkan strategi operasi dan bertindak sebagai titik hubungan utama untuk hal ehwal operasi dan kecemasan.
Tugasan
Menyelia operasi harian kapal dan memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan dan maritim.
Mengurus penyelenggaraan dan kesiapsiagaan operasi peralatan marin melalui pemeriksaan, pembaikan dan tindakan susulan.
Menyelaras logistik marin dan aktiviti operasi dengan pasukan marin serta bahagian lain dalam organisasi.
Menjalankan penilaian risiko, memudah cara latihan keselamatan, dan melaksanakan prosedur kecemasan bagi operasi marin.
Mengurus sumber operasi untuk menyokong operasi marin yang selamat, cekap, dan berkesan dari segi kos.
Melaporkan data prestasi marin, isu operasi, dan tindakan susulan kepada pengurusan kanan.
Berurusan dengan rakan luar, pembekal, kontraktor, dan pihak berkuasa kawal selia berkaitan hal operasi dan pematuhan.
Memberikan nasihat teknikal dan sokongan operasi untuk menambah baik aktiviti marin dan kesiapsiagaan kapal.
Membangunkan dan melaksanakan strategi untuk meningkatkan kecekapan operasi dan penambahbaikan berterusan dalam bahagian marin.
Kemahiran
Asas
Kebolehan bekerja dengan berkesan di bawah tekanan termasuk dalam situasi kecemasan atau peka masa.
Kemahiran pengurusan projek untuk mengurus tugasan,suber dan garis masa operasi.
Kepimpinan dan pengurusan pasukan untuk menyelia dan membimbing kakitangan maritim.
Komunikasi yang jelas dan berkesan untuk menyelaras dengan pasukan,kontraktor dan pihak berkepentingan.
Penyelesaian masalah kompleks dan pemikiran kritis untuk menangani cabaran operasi.
Khusus
Kecekapan dalam mengendalikan dan menyelenggara sistem teknikal atas kapal serta automasi kapal.
Kecekapan dalam menggunakan sistem dan peralatan komunikasi maritim bagi penyelarasan operasi.
Keupayaan mentafsir carta marin, manual teknikal, dan laporan operasi untuk membuat keputusan.
Kompetensi dalam amalan keselamatan tempat kerja, latihan kecemasan, dan pengurusan risiko operasi dalam operasi marin.
Pengetahuan tentang peraturan alam sekitar maritim dan amalan operasi yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Pengetahuan tentang peraturan keselamatan dan sekuriti maritim.
Pengetahuan tentang sistem mekanikal dan elektrikal yang digunakan dalam operasi dan penyelenggaraan kapal.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.