Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2146-03
Bandingkan
Ahli Kaji Logam menjalankan penyelidikan dan membangunkan kaedah untuk mengekstrak logam, mineral dan sumber lain, serta mencipta dan menguji aloi, seramik dan bahan baharu. Mereka mengoptimumkan prestasi bahan, meningkatkan ketahanan, memastikan kualiti produk dan menangani punca kegagalan bahan, bekerjasama dengan pasukan kejuruteraan dan reka bentuk untuk memenuhi keperluan projek. Kepakaran mereka menyokong industri seperti perlombongan, pembuatan, tenaga, aeroangkasa dan pembinaan, dengan tumpuan kepada penggunaan sumber dan bahan yang cekap, selamat dan mampan.
Tugasan
Menjalankan penyelidikan metalurgi untuk menambah baik sifat, ketahanan dan prestasi logam, aloi, seramik dan bahan berkaitan.
Menguji logam dan aloi menggunakan peralatan khusus untuk menilai prestasi, ketahanan dan tingkah laku kegagalannya di bawah pelbagai keadaan.
Membangunkan dan mengoptimumkan proses pengekstrakan logam, penghasilan aloi dan penapisan untuk meningkatkan kecekapan, kualiti, keselamatan, kadar pemulihan dan prestasi alam sekitar.
Menganalisis dan memilih bahan yang sesuai untuk pembuatan berdasarkan prestasi, kos, keperluan fabrikasi dan keperluan kualiti produk.
Bekerjasama dengan jurutera, ahli geologi dan pasukan reka bentuk untuk memastikan bahan memenuhi spesifikasi, piawaian keselamatan dan keperluan projek.
Merancang, menyelia dan memantau operasi metalurgi dan pengekstrakan, termasuk penggunaan dan penyelenggaraan peralatan proses secara berkesan.
Menilai risiko alam sekitar, keselamatan dan operasi, serta membangunkan langkah kawalan untuk memastikan pematuhan dan mencegah kegagalan proses atau bahan.
Menyediakan laporan teknikal, mendokumenkan dapatan penyelidikan dan operasi, serta memberi cadangan untuk penambahbaikan proses dan produk.
Kemahiran
Asas
Asas yang kukuh dalam sains bhan,kimia,fizik dan prinsip kejuruteraan berkaitan.
Kebolehan bekerja secara bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin.
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kuat untuk mentafsir data ujian serta menyelesaikan isu proses bahan dan pengekstrakan.
Kemahiran komunikasi berkesan untuk menerangkan maklumat teknikal dengan jelas.
Ketelitian terhadap perincian bagi memastikan ujian,analisis dan operasi selamat yang tepat.
Khusus
Kecekapan dalam perisian analisis metalurgi dan alat pemantauan proses.
Kecekapan dalam teknik pemprosesan metalurgi, termasuk tuangan, penempaan dan rawatan haba.
Kepakaran dalam mereka bentuk, menguji dan mengubah suai aloi logam untuk mencapai sifat dan prestasi bahan yang diperlukan.
Keupayaan untuk mereka bentuk dan mengoptimumkan proses pengekstrakan dan penapisan bagi meningkatkan kecekapan, kualiti dan keselamatan.
Kompetensi dalam automasi dan kawalan proses yang berkaitan dengan operasi metalurgi.
Kompetensi dalam pemilihan bahan dan sumber berdasarkan prestasi, kos dan ketersediaan.
Pemahaman tentang termodinamik, kimia fizikal dan prinsip proses metalurgi.
Pemahaman yang kukuh tentang kaedah ujian bahan, termasuk ujian tegangan, kekerasan, keletihan, kakisan dan kegagalan.
Pengetahuan tentang peraturan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.