- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
2142
Jurutera Awam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2142-09
Bandingkan
Jurutera Gred J12 bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiranam pejabat.
Tugasan
Memantau dan menyelaras kerja pembinaan kontrak serta menilai kemajuan projek.
Merancang, mereka bentuk, dan menyediakan pelan, spesifikasi kerja, dokumen tender/sebut harga, serta anggaran kos projek.
Menyediakan bayaran interim/siap kerja dan mengemaskini laporan berkaitan pembinaan atau projek.
Menyelaras dan mengendalikan Sistem Pengurusan Air Berkomputer untuk pengagihan air pengairan di Kawasan Muda dan kawasan setempat.
Merancang dan menyediakan Jadual Penanaman Padi bagi musim pertama dan kedua untuk Kawasan Muda dan kawasan setempat.
Bertanggungjawab terhadap pengendalian dan penyenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran di bawah jagaan bahagian.
Menjalankan analisis penggunaan air untuk pengairan dan bekalan domestik, mengendali sistem kawalan banjir, serta menyediakan laporan banjir.
Bertanggungjawab atas perancangan dan pelaksanaan program pembangunan termasuk siasatan, sukat menyukat, perancangan dan reka bentuk, tawaran sebut harga/ tender, penilaian tender dan bertindak sebagaipegawai penguasa bagi kontrak/ sebut harga di kawasan empangan.
Memberi khidmat nasihat teknikal, penyediaan spesifikasi dan piawaian kejuruteraan kepada pihak yang terbabit di peringkat projek, cawangan dan jabatan.
Mengurus dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek kejuruteraan elektrik dan pemasangan elektrik bagi pelbagai kementerian dan jabatan di bawahnya.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang undang-undang serta peraturan am kewangan dan pentadbiran.
Berkebolehan menulis atau menyediakan laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.