Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2142-04
Bandingkan
Juruukur Bahan mengurus dan mengawal kos untuk projek bangunan dan pembinaan sepanjang kitaran hayatnya, memastikan penggunaan sumber yang cekap sambil mematuhi keperluan kualiti, kontrak dan perundangan. Mereka menyediakan anggaran kos, belanjawan, bil kuantiti dan dokumentasi tender serta menyokong process perolehan dengan menilai sebut harga dan tender. Mereka memantau prestasi kos projek, menilai kerja yang telah siap, mengendalikan akaun interim dan akhir, menilai variasi dan tuntutan serta menyelenggara rekod dan sistem untuk menyokong kawalan kos dan pembuatan keputusan projek yang berkesan.
Tugasan
Menyediakan anggaran kos, belanjawan dan bil kuantiti bagi projek pembinaan.
Mengurus dan memantau kos projek sepanjang kitaran hayat projek, termasuk perolehan, bayaran kemajuan, variasi, tuntutan dan pelarasan kos.
Melaksanakan perancangan kos, penilaian risiko kos dan kawalan kos untuk menyokong perbelanjaan projek yang cekap.
Menyediakan dokumentasi tender dan kontrak serta menyelenggara rekod projek yang berkaitan.
Menganalisis terma kontrak dan memberikan nasihat kontraktual berkaitan perkara kos.
Menilai sebut harga dan tender serta menyediakan laporan analisis tender untuk pelanggan.
Berurusan dengan kontraktor, pelanggan dan pengurus projek mengenai kos projek, penilaian dan perkara kontraktual.
Berunding dengan kontraktor, pembekal dan vendor mengenai kos bahan, buruh dan kos projek yang lain.
Menyelenggara rekod kewangan, penilaian dan laporan kos berkaitan prestasi projek.
Kemahiran
Asas
Kemahiran matematik untuk pengiraan kos dan penyediaan bajet yang tepat.
Komunikasi yang berkesan dengan pelanggan.
Kontraktor dan pasukan projek.
Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah untuk menyelesaikan isu kos atau kontrak.
Pengurusan masa untuk menangani pelbagai tugasan dan menepati tarikh akhir.
Perhatian terhadap perincian dalam menganggarkan dan mengurus kos projek.
Khusus
Kemahiran dalam mentafsir lukisan pembinaan menggunakan AutoCAD bagi tujuan pengukuran dan pengekosan.
Keupayaan dalam penilaian risiko kos dan kawalan kos untuk meminimumkan lebihan kos.
Keupayaan untuk menganalisis kadar pasaran bagi bahan, buruh dan kos berkaitan pembinaan.
Kompetensi dalam menyediakan anggaran kos yang tepat berdasarkan lukisan pembinaan dan spesifikasi.
Kompetensi dalam perancangan kos projek, pemantauan dan kawalan kewangan.
Pengetahuan dalam kejuruteraan nilai untuk pengoptimuman kos tanpa menjejaskan kualiti.
Pengetahuan dalam pentadbiran kontrak dan kontrak pembinaan standard.
Pengetahuan dalam undang-undang pembinaan dan peraturan berkaitan kontrak dan perolehan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.