- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
2142
Jurutera Awam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2142-06
Bandingkan
Jurutera Gred J9 bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiranam pejabat.
Tugasan
Merancang, menyelaras, dan memantau pelaksanaan projek pembangunan sehingga siap menggunakan kaedah pengurusan projek yang bersesuaian.
Mengawal pelaksanaan kerja di tapak, berbincang dengan jurutera, perunding, dan kontraktor, serta menyelesaikan isu teknikal.
Mengurus peruntukan pembangunan, menyediakan dokumen sebut harga atau tender, menyemak sijil bayaran, lanjutan masa, arahan perubahan kerja, dan dokumen kontrak berkaitan.
Menyediakan laporan kemajuan projek, laporan kewangan, laporan kepada agensi berkaitan, serta kertas pertimbangan untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah.
Menjalankan tugas-tugas pembinaan infrastruktur dan pembangunan untuk kawasan-kawasan pertanian.
Mengurus sumber air untuk pengairan dan bekalan domestik, memantau paras air, mengendalikan pelepasan air empangan, serta melaksanakan operasi banjir dan penyediaan laporan.
Menjalankan kajian teknikal dan feasibility, analisis, dan reka bentuk dengan menggunakan perisian komputer berpandukan garis panduan, kod amalan dan piawaian kejuruteraan.
Mengurus pelantikan perunding dan menyemak serta mengaudit reka bentuk yang dibuat oleh perunding.
Mengurus hal ehwal pentadbiran pejabat, mengawal aset kerajaan, serta menyediakan anggaran dan justifikasi belanjawan pembangunan dan mengurus.
Merancang dan menyelia kerja penyelenggaraan mekanikal dan elektrik di rumah pam, pintu air, bangunan, serta memastikan keselamatan di bengkel dan semasa penyelenggaraan diutamakan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang undang-undang serta peraturan am kewangan dan pentadbiran.
Berkebolehan menulis atau menyediakan laporan yang berkualiti.
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.